Baru balik dari Ofis. Singgah jap kat Ofis untuk amik Guarantee Letter. Sambil2 tu bagi2 kad kawin kat kawan kat ofis.Sabtu ni kakak aku kawin.Aku pon terpaksa meng'extend'kan cuti aku sampai hujung minggu ni.Minggu depan baru balik ofis.Cam biasa aa kalau pegi ofis sekarang ni.Tak sah kalau tak kata aku gemuk.huhuhu..tiap2 hari gi fisioterapi, pi kayuh basikal sampai peluh satu baju pun tak kurus2 gak.Fisiotherapist tu kata kaki aku dah kuat sket.Dia tarik sana, tarik sini.Tak de yg longgar.Tapi still lemah sket dari lutut sebelah kanan ni.
Tadi, dia suruh aku exercise kow2 nyer.Sampai habis sesi terapi tu aku rasa pening dan letih yg amat.Aku rasa cam baru lepas lari 1500 m.(ahaha, kalau masa sekolah dulu 400m pon dah nak terpengsan2 bila sampai garisan penamat).Esok, dia suruh aku cuba berlari.Ehehehe ilah, akhirnya aku akan berlari selepas 5 thn tak lari.Sekarang aku rasa confident sket nak lari berbanding sebelum operation.Kalau dulu baru lari dua tiga langkah dah jatuh.Inikan pula nak lari pecut.Kalau aku dah boleh berlari, boleh aa berjoging lepas ni.Misi lepas aku pulih 100% ni, aku nak kuruskan badan.Tak best aa bila org kata aku gemuk.
5:03 p.m. - March 28, 2005
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: