Dah jarang2 update jurnal.Minggu2 terakhir ni sangat la bz.This week baru submit fyp.Alhamdulillah..siap juga akhirnya..lepas ni takyah risau report lagi..risau viva pulak.Sebelum risau viva kena risau exam dulu.next week dah exam.tapi baru nak start enjin ni...baru nak study..Kena pulun habis-habisan..huwa!!!
Semalam ada sesi amik gambar budak2 final year school aero.masing2 dok mnyemartkan diri..aku sebenarnya tatau pon..datang school tgk semua dok lawa2..aku pakai slack ngan T-shirt jer..erk!nasib aa..saper suruh tak bagitau awal2..sesi fotografi berjalan lancar..just puas menunggu tukang amik gambar dtg dan mak2 datin yang dok bersiap2 kat bilik sket nyer lama.ehehee..buat per nak lawa2 sangat.pakai baju lawa2 pon nanti bukannya nampak dlm gambar..
Okla...aku mungkin tak update sampai habis exam..nak study..semangat nih!doakan aku dapat jawab exam dgn jayanya...bubai!
8:44 p.m. - February 13, 2004
Huh! hari ni aku menghabiskan sehari suntuk bersama-sama Dr Hamid untuk presentation.Alhamdulillah...aku dah present dengan jayanyaa..Dr hamid pun puji..(aku rasa cam biasa je)Dia tanya berapa lama aku berlatih?huhuhuhu...apala punya soklan.Penat nyer...dari 9 pagi tadi sampai 8 mlm..berenti jap pkl 12 sambung pkl 2.petang tu curi2 kuar gi semayang..Yes! akhirnya akuberjaya menamatkan sesi presentation itu.Bayangkanlah dari 54 student..only 10 student manage to be there until the last group's presentation.Aku nyer kedatangan penuh,takde cacat cela...ahahaha.
Semalam dinner sumer pakai lawa2..termasukla aku sekali..eheheh gambar tak sempat nak upload lagi.bz sgt sebenarnya..tapi aku nak update gak jurnal ni.Dinner mlm tu takde la grnd sangat.Dah berbakul2 AJK dinner tu dikutuk.Buat dinner syok sendiri..persembahan multimedia yg ntah apa2..makanan yg tak best..camni ker nak raikan budak final year.Sedih kami tgk.Anyway..special thanks to our dean..Dr Radzuan yg telah pilih aku menang satu anugerah mlm tu...huhuhu..bukan menang queen of the nite ek.Takde pon anugerah tu..kalau ada aku nak pilih..ermm...aku pilih pora.Lawa baju dia.tadi sebelum balik presentation pon dr hamid siap ckp lagi kat dia..baju dia laju dan sangat sesuai.ermm..nantilaa aku upload gambar.
Due date for fyp is on this monday.Hua!aku tak siap satu lagi part ni...boleh ke siap..Christina minta extend..tapi tak boleh..erk! i try my best...mesti boleh siap punya.tapi mlm ni aku nak tido.Penat giler ni...
8:42 p.m. - February 07, 2004
yeah!akhirnya aku mengupdate.Tengah siap2 ni. nak gi launch roket...huhuhhuu apa jadi la ngan roket aku.Aku harap sumernye ok.Supervisor yg tercinta tu pulak cuti.Erk!kenapala cuti waktu2 genting ni!Ada lagi 10% tak siap.Calculation..terstuck la pulak sebab tak dapat nilai dari Christina.Terpaksa buat assumption jer.Pastu malam tadi bersemangat nak buat calculation..erkk..stuck lagi!adus!masalah swept wing pulak.Hampeh betul.esok kena pegi jumpa Dr. Bambang yang baik hati tu.Semalam dia nampak muka aku..terus dia senyum tanya.."hari ni takde apa yg nak ditanya?"ahahhaha..besok aku kena carik dia.jangan la dia cuti mintaknya.CATIA ni satu masalah lagi.Technician kat lab tu takde.cuti gak!Huh!Aku nak print kat situ tatau camner..guna printer mana..sabar mimi...sabar..takpe2 aku boleh buat sendiri."Jangan pandang ku sebelah mata..hanya kerna namaku wanita!"huhhuhu...(saper ada lirik lagu seksis?aku nak!)
Nak print kat mana report ni...aku nak minta tolong sarah.Boleh sarah?boleh aaa...aku sengkek nak beli catridge ni!Esok malam ada dinner school.Kat Dewan utama jer..bukan kat hotel.Aahahah..bila pikir2 bagus gak.Dikala..tengah sibuk buat fyp ni baik buat dekat2 jer.Esok kita tengoklaa saper yg melaram..saper dpt Queen of the nite!ehehehe...aku takde la nak melaram sangat.My cik abang sudah berpesan..jgn nak lawa2 sangat..nanti ada org terpikat..susah!huhuhuh apalaa..mana ada org nak kat aku selain dia.:P
Hari sabtu ada presentation aerospace managment.Slide dah nak siap.ada 2 helai tak siap lagik.Aku nak ketuk jer rasannya Hamid grupmate aku tu.Lasr weekkaata nak buat slide..tapi tak siap2 gak.eeeee...Last2 aku yg buat sumer.sabar mimi, sabar...Masa jumpa Dr. Hamid(lecturer aku nama hamid gak..tapi tak sehampeh hamid groupmate aku tu)semalam dia kata kami(aku sarah dan meran)look younger..tak sangka final year.Ahahahah...yeah!kami awet muda.Dia ni bagus betul...nak buat power point pun nak ajar kitorang...padahal kitorang ni dah tau..tapi malas nak ckp apa2.Aku tabik la kat Dr. Hamid ni.sangat berkaliber.Kalau sumer lecturer camni..kan bagus!
Okesh!aku nak gi skul.Ready to launch...5..4..3..2..1...huhuhuhu..pegi launch rocket!
9:08 a.m. - February 05, 2004
Rasa tak sehat
Rasa nak terkeluar isi perut ni
salah makan ker?
argh!!!
8:22 p.m. - February 01, 2004
Hari ni aku balik kampung.Perjalanan yang jauh dan perlukan aku naik 3 buah bas.Parit Buntar-Kuala Lumpur,Kuala-Kelang,dan Kelang - Kuala Selangor.Bukannya takde bas ke kuala selangor tanpa lalu kuala lumpur.Tapi aku lebih selesa guna bas Transnasional dari SME ekspress yg 7 jam baru sampai kuala selangor..dan tak selesa.Aku tatau aa naper bus station kat Kelang tu tak dibina lagi setelah mengalami kebakaran.Nasib yang sama seperti kat Butterworth.Serabut aku tgk bas masuk tak tentu hala.Suka2 hati jer nak lalu sana sini.Dengan persekitaran yang kurang memberangsangkan...dah tu bas nak gi kuala selangor duk tempat lain la pulak.Kena jalan sket.Bas pon buruk giler!Makin lama perkhidmatan bas ni makin teruk.Ada 3 bas yang menghala ke kuala selangor-cityliner,Translink,dan Ardent Link.Bas-bas ni sumer sangat uzur.Kronik giler aku tgk.Dah la kotor.Tak selesa aku dibuatnya.Sangatla teruk kenderaan awam ni..Tapi,aku takde pilian lain.Kan best kalau ada komuter ke kuala selangor.Senang hidup aku.
Satu lagi aku tak puas hati..jalan Klang-Kuala Selangor.Jalan tu sedang dalam pembinaan.Nak buat 4 lorong dari 2 lorong.Erk!Dah lama projek ni start.Tapi sampai sekarang tak siap2.Memang jalan kat situ teruk.Kenapa boleh bertangguh projek2 yang macam ni.Sangat berbahaya kepada lalulintas.Kan keadaan jalan yang tak elok juga menyumbang kepada kemalangan jalan raya...Saper nak aku salahkan?nak salahkan kerajaan ke?nak salahkan kontraktor ke?ntah...tapi aku geram betul laa dgn jalan tu.
11:35 p.m. - January 30, 2004
"Kenapa korang baca blog?blog jenis apa yang korang suka baca?Kenapa korang suka baca blog tu?" Tu pertanyaan aku semalam.Aku sendiri tak cakap tak jawab lagi pertanyaan aku tu.Jadi entry hari ni aku nak jawab...ahahaha..mesti ada org baca perenggan pertama apa yang aku tulis ni dah tak nak baca perenggan yang seterusnya..atau baca sambil lalu jer..maklumlaa..tak menarik.Bukan topik yang hangat2.Bukan topik putus cinta ker...bercinta kerr...Aku ada masa 24 minit untuk menulis entry ni sebelum aku balik kampung.Kalau korang rasa nak baca..teruskan..kalau taknak..takper...aku tak kesah.
Blog yang aku suka baca..aku suka baca kehidupan org..ya..tapi kehidupan yang aku tak pernah alami.Kehidupan yang aku rasa aku pun boleh mengambil pengajaran.Selain tu aku suka baca blog yang boleh bagi information sket kat aku.Sebab aku rasa aku sgt2laaa terpisah dgn dunia luar.Baca paper pon dua hari sekali.Memang aku baca paper online tiap hari..tapi aku taknak kira tu baca paper..sebab aku rasa aku tak baca sumer.Kalau baca paper yg RM1.20 tu aku akan selak sampai habis.Pastu aku dah lama giler tak tgk tv.Semenjak aku balik sini lepas cuti raya...aku tgk tv sekali jer..tgk juara lagu.Yang lain2..aku tak tgk.Aku tak tgk berita..aku tatau apa isu hangat sekarang.kalau tahu pun sekadar gitu2 jer.Setakat pasal selsema burung tu aku tau aa,kes rogol tu..tapi berita lain aku tatau.Aku pun tatau naper tak pitgktv.mungkin atas faktor bilik tv tu jauh dan ramai org.Dan aku pun banyak kerja lain nak buat dr berjalan ke bilik tv tu.
Aku suka baca blog org yg aku kenal..cthnya azya.junior aku masa sekolah..tiap2 hari aku bukak blog dia.dan...aku baca blog yg ada kat senarai 'friends' tu.Tapi tak sumer aku baca tiap hari.yang mana sempat jer.Aku baca blog rumet aku dan besfren aku(walaupun aku tau aktiviti harian depa kat sini)sebagai tanda 'support' kat mereka.
Kenapa aku baca blog/jurnal?Aku terdedah dgn dunia ni setelah rumet aku ilahperkenalkan pada aku.Aku rasa best jer baca pasal org ni..macam2 ragam.Dan sebab jurnal la jugak aku belajar sket2 pasal html...aku dapat ilmu baru.Pastu shin2perkenalkan blog2 yang interesting dan berinfomasi.Aku jadi minat baca blog2 jenis macam tu.Tq shin.
Aku baca/tulis jurnal sebab aku rasa boleh relaxkan kepala otak aku ni yg tension ngan fyp dan study.Aku rasa jurnal ni tempat aku nak cakap apa yang aku suka tanpa mengira perasaan org lain...(ehehehe).Selain tu aku boleh citerkan pada org macamana kehidupan aku supaya org lain pon amik pengajaran baik buruknya.Pastu,aku boleh kenal ramai org..macam2 org..Aku seronok kenal org.Seronok kenal org macam Kak surayayang caring...dan ramai lagi.Aku tahu setiap org ada pendapat sendiri tentang penggunaan dan kepentingan jurnal ni.Dan setiap org jugak ada kecenderungan masing2.ada org suka ini..ada org suka itu...So,tak kesah laa korang suka ke tak baca jurnal aku.Nak kutuk aku kat bhgn comment pon takper.ahahaha..
Alamak...dah terlebih 26 minit.Aku tak siap lagik...Selamat hari raya aidiladha!!!
10:31 p.m. - January 29, 2004
Do we really know our ability? Dr.Hamid membangkitkan isu ni dalam kelas tadi. Menurut dia,kita takkkan tahu kemampuan kita selagi kita tak berusaha..yaa..Kalau org tanya sejauh mana kita mampu berlari?1 km?2 km?10 km?kita takkan tahu selagi kita tak cuba..dan kita takkan tahu selagi kita tak berusaha.Cuba bayangkan kalau kita dikejar anjing..tak mustahil kita boleh berlari berkilo2 meter jauhnya..masa tu kita akan nampak kemampuan kita.bercakap tentang kemampuan, aku rasa pelajar melayu mampu untuk mendapat result yg cemerlang.Tapi,kemampuan yang sepatutnya ada pada mereka hilang dek kerana tidak mahu berusaha.Berpuas hati dengan apa yang diperoleh.Terlalu bergantung kepada orang lain sehingga kemampuan diri sendiri pun tidak nampak.Aku ada pengalaman ini.Dan sudah 2 kali aku mengalaminya.Waktu matrik, aku ada seorang kawan yang sangat bergantung pada aku.Kalau aku buat nota utk exam,dia akan photostate nota aku,bila dia tak dapat solve soalan..dia akan cari aku walaupun aku rasa sebenarnya dia mampu buat.Akhirnya, result exam dia kurang memberangsangkan.(Aku bukan nak puji diri sendiri ni pandai.Tapi sekarang aku sedang memperkatakan tentang kemampuan diri).Masuk tahun satu,kami ditakdirkan tidak sama pusat pengajian..aku kat kampus cawangan ni..dia kat induk.Dia telah kehilangan aku sebagai tempat bergantungnya...dan dia mula belajar hidup sendiri.Dia selalu ckp dia kena belajar sendiri...dan waktu itulah kebolehan dia menyerlah.Dia jadi antara top student kat skul dia.Dan sekarang sudah mendapat pekerjaan.Dia sebenarnya boleh lebih berjaya kalau dia sedar kemampuan diri dia..dan tidak bergantung pada org lain.cepat melatah dan merasa rendah diri dari org lain.Bila masuk tahun satu ni,aku dapat sorang lagi kawan yg mempunyai perangai yg sama..cuma dia ni tak la amik nota aku photostate..tapi nanti sket2 cari aku.Aku tak kesah sebenarnya..tapi aku rasa sgt rugi kalau dia bergantung pada aku.Sebab dia pandai..jauh lebih pandai dari aku.Tapi terlalu bergantung pada aku menyebabkan result dia kurang sket dr aku.Masuk tahun dua ditakdirkan aku mengalami krisis yg hebat dgn dia setelah dia bercouple.Dan kami tak seperti dulu.Dan sekarang...Korang tau tak sekarang..result dia lebih hebat dari aku.Setelah dia tak rapat dgn aku,dia hidup sendiri..tak bergantung pada aku..dan dia boleh!Dia mampu!
Aku nak nasihatkan diri sendiri dan orang lain...setiap org mampu untuk dapatkan apa yg dihajati sekiranya berusaha...tidak terlalu bergantung pada org lain.Dr hamid kata, utk menyerlahkan kemampuan kita..kita kena praktis selalu.Memang betul apa yang dia cakap...Mana mungkin juara 100 meter menang emas kalau tak praktis tiap hari?
ermm..aku nak meluahkan perasan marah,meluat aku kat sini...EEEEEE geramnya...aku rasa cam budak kecik jer nak merajuk2.sebab tak satu kumpulan pon nak merajuk.Tu dah kira baik kami tanya dia nak masuk kumpulan kami ke tak?huh!"taknak"kata dia sambil buat muka tak puas hati.Erkk!!!!sorila..aku malas nak layan.ko tu lagi tua dr aku...tapi perangai macam budak kecik. Ko jugak rugi takmo satu grup ngan kami.betul tak sarah?ahahahahaa....moral: Jangan layan org merajuk tak tentu hala ni.Buat serabut kepala jer.Adios!
P/S: Ermm..aku nak tanya korang...kenapa korang baca blog?blog jenis apa yang korang suka baca?Kenapa korang suka baca blog tu?Please...leave ur comment.Aku tgh buat kajian ni.
8:39 p.m. - January 28, 2004
Kehidupan yang semakin sibuk..berada di saat-saat genting yang menentukan result sem ni..ehehehe..final year student sudah mengalami mood fyp.Stay up sampai pkl 4 pagi semata-mata siapkan fyp(semalam aku tido lambat dan semua status student aerospace eng=busy).Aku pun mengalami mood yg sama.Apalagi selepas diperli supervisor.."Sempat siap ke fyp awak ni"erkk!dan aku dengan bersemangt nyer menjawab.."ya..mesti sempat" sempat ke aku? Lepas ni kena pasang rocket engine instead of turbo engine yg sedang digunakan sekarang.Ya...supaya tujahan lebih besar, velocity lebih laju..
Dalam bz2 aku aku sempat habiskan satu buku semalam.tajuknya "Love Story".Ceritanya simple dan pendek..tapi mampu buat aku nak nangis masa ending.Kisah mengenai Oliver Barret IV yang tidak suka dengan kehidupannya sebagai anak org ternama di Harvard.Benci dengan nama sendiri yg ada nombor dibelakang. Memberontak dengan ayah sendiri.Ingin hidup biasa seperti org lain hingga menganggap ayah sendiri seperti orang asing.Dia jatuh cinta dengan Jenny, gadis biasa anak seorang pembuat pastries.Aku suka denagn watak Jenny..Dia tak romantik..tapi dia ada cara sendiri menyintai Oliver.Menganggap Oliver seorang anak org kaya yg tak tahu apa2..masuk ke Harvard semata2 kerana nama keluarga.Tapi Oliver dapat membuktikan dia bukan begitu.Hubungan mereka tak direstui keluarga kerana ayah Oliver menganggap dia terlalu muda utk menjalinkan sebarang hubungan.(baru 21 thn masa tu!)Oliver marah dankeluar darirumah.Hidup dengan usaha sendiri..dan seterusnya berkahwin dgn Jenny.Hidup bahagia dgnJenny.Jenny berusaha memujuk Oliver supaya berbaik2 dgn ayahnya.Tapi Oliver tetap taknak.satu hari Oliver dikejutkan dgn berita dr doktor yang mengatakan Jenny ada leukimia dan ditahap kritikal.Takut kehilangan Jenny, dia sanggup pulang ke rumah meminjam duit dr ayhnya utk belanja perubatan Jenny.tapi akhirnya Jenny meninggalkan Oliver didalam pelukannya di atas katil hospital(mcm citer kuch2..Rani mati lahirkan anak dia )."Love means not ever having to say you're sorry"kata-kata Jenny yang oliver tak mungkin lupakan..
10:13 a.m. - January 27, 2004
Huargh!!*sleepy*kena paksa bangun!dah mandi pon masih mengantuk.Erk!semalam dah tulis entry.Tiba2,com hang pulak!adusss....sudah banyak yg ditaip!Sangat busy skarang.Terpaksa!2 minggu lagi nak submit report.Dan next week nak balik untuk hari raya haji.Mama called last 2 days.Tanya balik tak?tanya sehat tak?tanya duit sehat tak?ahahaha..duit tak sehat.Tapi taknak la bagitau dia.Tanya buat per ni?bz mama...ur daughter sgtlah bz!(bz2 pon sempat update jurnal!ahaks!)Mama pon kata dia bz.Dengan studynya...dgn kerjanya.Sampai masak pon taksempat.Panaskan lauk semalamjer..erk!Mama ni sambung belajar since dia tak berpeluang melanjutkan pelajaran masa muda2 dulu.(failed interview UPM sebab lupa apa 'Lintah' dlm English)Mama amik degree kat UITM shah alam..dlm TESL.Huhuhuhu mama sangat bersemangat!She got dean's list for the last semester.Sebagai anak aku sudah semestinya berbangga!ahahahaa..kalah anak2.Nasib baik dah nak habis.Kalau tak mesti ayah dok compare result kami.Mama sangat beruntung dpt suami yg memahami.Ayah gives his full support to mama.Kalau dulu tak gosok baju dia mesti berleter satu hari.tapi sekarang dia paham mama busy,baju pon pi suruh Kedai Dobi gosok.ahahaha..apalaa...ni nanti bila aku duk umah mesti aku yg kena gosok.Kagum jugak denagn mama aku ni.Umur dah nak masuk 50 tapi tetap bersemangat.siap kata kalau boleh nak sampai phd.hhuhuhuhu...gut lak mama!
Erk!esok hari Isnin.bencinya...byk kerja nak buat esok.1stly nak jumpa supervisor,then nak betulkan roket yg dah rosak haritu bcoz this week have to launch depan supervisor(haiya!)Pastu nak siapkan design using Catia.Nak jumpa Dr Hamid.Nak confirmkan my formula(ahahah saper suruh pegi buat formula sendiri.mesti kena ketuk kepala dgn supervisor!)Monday is my bziest day!!!!
9:12 a.m. - January 25, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: