Interview dah habis.Alhamdulillah, my first interview berjalan lancar.Ada dua org penemuduga pada asalnya.Sorang lelaki dan sorang perempuan.Tapi masa dah tgh2 masa aku diinterview..yg lelaki kena pergi interiew tempat lain pulak.Erm..Penemuduga tu takdela nak tanya killer questions yg boleh buat aku ternganga kat depan diorang.Banyak tanya pasal penglibatan aku dalam aktiviti2.Tanya pasal result.Tanya aku punya skills.Tanya aku ni penah masuk tv ker?sebab muka aku ni sangat familiar.Tanya aku boleh buat itu..buat ini..Dan selebihnya dia pulak yg banyak cakap.Jadi aku duduk kat dalam bilik interview tu dr pkl 2.45-3.50..ahahaha..lama giler.Nasib baik aku jadi org pertama.kalau tak..adus...lama la nak kena tunggu.Tq shin2 for the tips dan sesapa yg beri support.Aahahha..shin,i lupa nak shake hand dgn penemuduga tu masa nak keluar dr bilik tu.
Esoknya(khamis) kawan aku hamsiah pulak kena temuduga. Yang seronoknya, penemuduga tu ada mention nama aku kat hamsiah.Ahahaha..dia ingat aku.Itu satu petanda yg baik.Hamsiah kata Proton nak amik ramai org utk executive trainee ni.Dalam 300 org.So, saper yg amik engineering selain civil and chemical eng,boleh apply.Tarikh tutup 11/4/2004.Antar korang punya resume kat [email protected] ataupun korang pergila carik kat jobstreet tu.
Lepas interview tu aku pegi makan ngan zaki.Naik komuter..aku sebenarnya paling menyampah nak naik komuter.Laaaambat!Nak tunggu pon lambat datang..jalan pon lambat!Tapi, sebab komuter tu sebelah umah makcik aku,jadi itulah pilihan yg aku ada.Aku tatau aa berapa lama aku tunggu komuter tu dtg.Lepas tu siap terpaksa berhenti dlm 15 minit kat area selepas pantai dalam.Katanya ada masalah dgn trek.huh!perjalanan aku dr Shah alam ke Putra mengambil masa lebih dari sejam...
Okla..lepas ni sambung lagi carik keje..nak tunggu jawapan dr proton pon paling cepat 2 minggu dan paling lama 2 bulan.Itu pun kalau dapat.Kepada sesiapa yg masih mencari2 keje seperti aku ni..."Good Luck untuk korang semua,aku doakan korang dapat keje..dan korang pon doakan la aku ek!"
8:52 a.m. - March 26, 2004
Assalamulaikum..
Aku tengah tak senang duduk ni.Esok aku akan pergi menghadiri interview yg pertama.Bila aku pikir pasal interview, perut ni mula aaa ada kupu2 berterbangan.Adus!! tak tau naper takleh nak relax...Esok pukul 2.30 pm.(Sarah, Meha pon dapat gak..dia 25 hb,maybe hang pon akan dpt).Arghh!!sakit perut..sakit perut.Doakan aku pass interview ni.Aku malas nak sambung belajar.Nak kerja.Ada saper2 nak bagi tips utk interview..?
8:59 a.m. - March 23, 2004
Nak nyanyi sket..
"Marilah mari..kita mengundi..tunaikan kewajipan pada negara..."
Pagi2 buta lagi mak aku dah kuar mengundi.Dia kena mengundi awal2 sebab lepas mengundi dia kena round tempat2 sekitar kuala selangor, al maklumlaaa..mak aku tu ajk Wanita bahagian kuala selangor.Dan pagi2 buta pun dia kejutkan aku surh buat sarapan pagi.Suruh goreng mee lagii...Arghh!kaco!tgh syok2 tido, kena pegi goreng mee la pulak.Makcik2 aku pon dah kuar mengundi awal2.Tapi,Ada dua org layak mengundi kat umah ni masih bermalas-malasan.Ntah bila nak pegi pon tatau.Yang sorang tu duk pening2 kepala..muntah2 la pulak (tgh pregnant) yg sorang lagi tgh tunggu yg sorang tu pegi baru nak pegi..ahahah aku rasa nanti dua2 pon tak pegi.Ermm.okeyla..malam karang sambung lagi.
11.59 p.m
Akhirnya,kedua2 kakak aku berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia untuk mengundi.Sekarang aku ngan kakcik tengah tengok keputusan Pilihanraya.Parent aku yg bersemangat nak tengok keputusan..tengok2 diorang yg terlena dulu depan tv tak sampai 1/2 jam tengok tv.Aku ngan adik aku pulak yg bersemangat sorak bila calon BN menang.Ahahaha..Bn menang besar.Semoga kemenangan ini membawa kepada perubahan yg lebih baik kepada negara.InsyaAllah...tengokla gambar betapa semangatnya penyokong2 muda barisan nasional dan umno
10:33 a.m. - March 21, 2004
Perkembangan terbaru?erk..sekarang tengah demam pilihan raya(atau nama lain yg En.Shin kita guna :PEMILU)Depan umah ni dah letak bendera2 yg sepatutnya..(ahaha sila lihat gambar)
Tu gambar kat depan rumah..Biasa aa..bapak aku..pakcik aku..dan sepupu sepapat aku semuanya org kuat UMNO.Aku?tatau aaa.Tahun ni tak berpeluang mengundi.Aku ingat mak aku dah registerkan aku sebab kakak2 aku dulu dia yg tolong registerkan.Ahahaha..hampeh kan aku ni.Dah besar panjang pun nak mak tolong egisterkan.So, aku kena tunggu 5 thn lagi utk mengundi.Sesiapa yg layak mengundi..Pergilah mengundi.Tunaikan hak/kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia.Fikir dahulu sebelum memangkah..fikirkan masa depan negara.
Hari ni aku dapat berehat kejap..takyah nak memasak.Mak aku masak hari ni..ahaha.Kalau tiap2 hari aku yg masak..keringkan Kak Mimi nii.Sebab aku tak lalu makan kalau aku sendiri masak.Rela pegi makan roti dr makan nasi.Ahahah..cukup sebulan mimi dah jadi kurus kering.Main/melayan sepupu yg kecik.Penat layan karenah diorang ni.Tapi diorang ni sgt comel.esp yg paling kecik.Nyanyi lagu dr lagu negaraku...sampailaa lagu yg aku snediri tak paham.ehehhe..baru 3 thn..
"Kaknina...telinga kak nina comel la"Kak nina tu kakak aku.Adaker telinga pon comel.
"Kak mimi,takmo kawan ngan kak mimi..kak mimi busuk!"ahahha..hampeh betul budak ni.ada ke kata aku busuk.macam tau2 je belum mandi.Ehehhe
12:40 p.m. - March 19, 2004
Assalamulaikum...hi everybody..sehat?Aku kat sini sehat walafiat.Aku dah boring duduk rumah.Setiap hari aku buat benda sama.Bangun lambat..pastu sarapan.bukak tv..tengok imbasan akademik fantasia kat @15 kat astro.pastu masak sambil tgk tv.pastu sambung tgk tv...sampai laaa ke malam.pastu bukak internet....huwa!!!!!!!aku bosan..aku dah bosan.Ada kerja part time kat kl.Tapi takde duit lagi sekarang ni nak gi sewa umah kat sana.(Meha...hang nak duk kl tak ni?kalau nak aku nak carik umah ni.Nanti RM 20 tu aku bayar..bagi no akaun.)
Tadi ada kenduri doa selamat untuk nenek.Nenek yg kena tahan kat wad dah boleh keluar.Tapi keadaan dia masih sama.So,kami buat bacaan yassin sikit utk dia.Seronok bila berkumpul dgn makcik2dan cousin2 aku.riuh giler rumah..aku memang suka kalau ada apa2 acara melibatkan seluruh family.Aku suka suasana yg riuh rendah..penuh dgn gurauan usik mengusik..terasa betapa kami dlm fmily ni sgt rapat.Sebab tu aku nak calon suami aku kalau boleh ader family yg besar.(Calon sekarang..alhamdulillah...family memang besar.ehehe)
oklah..aku nak tido..esok nak bgn nak buat rutin yg sama seperti semalam...
12:30 a.m. - March 18, 2004
Baru sehari menghabiskan masa kat rumah.Mula rasa sgt bosan...tengok tv pon rasa cam nak termuntah.Pagi tadi aku dah mula bergaduh dgn adik bongsu aku yg degil tu...aahah biasa aaa kalau tak gaduh tak sah.Hantar adik aku balik asrama dia.Dia terpilih untuk mewakili Kuala Lumpur untuk menjalani ujian pemilihan bolasepak untuk mewakili negara ke Kejohanan bola sepak dunia di Jepun thn ini.Adik aku ni memang kaki bola.Jadi tak hairan laa kalau dia terpilih untuk menjalani ujian tu.Kami tak letak harapan tinggi pada dia.Bagi kami sekeluarga..ujian tu sebagai pendedahan pada dia.Ayah dah sound awal2..jika keputusan examnya merosot,Jgn mimpi nak main bola.Itulah ayah aku.Sangat tegas mendidik anak.Aku masih ingat bagaimana kami dikurung dlm tandas sebab mandi lama sgt..dan betapa menggeletarnya tgn aku nak hantar result ujian bulanan yg cacat sebab dpt B dlm math waktu darjah tiga.Aku letak di atas meja dan terus pegi tido dgn aharapan tak kena marah.Tapi esoknya..aku kena marah jugak.Ayah jugak dulu akan merotan kami kalau tak sembahyang lagi ketika dia tanya.
Keluarga aku dididik untuk memegang tangunggjawab sejak dari kecil lagi.Aku masih ingat,ketika darjah 4, tugas aku menyidai kain waktu pagi.Celik2 mata jer pukul 5.45..perkara pertama dibuat adalah menyidai kain.Biasanya aku sidai dgn Kakak aku yg second.Dan kakak sulung aku tugasnya mengemas bilik tido.Bila kakak aku yg kedua dah masuk sek men..aku kena sidai kain sorang2.Disebabkan aku ni penakut,jadi aku paksa adik bwh aku,kakcik tolong temankan.ermm..adik aku tu dgn ngantuk2 tgk aku sidai kain kat tangga.Kaklong dan Kak nina dah masuk asrama,jadi..takde saper kemas bilik..biasanya nenek akan dtg ke rumah kami..dan tolong kemaskan.Satu lagi tanggungjawab aku adalah menyapu sampah selepas makan.Lepas jer makan malam..Kaklong akan basuh pinggan,kaknina kemas meja dan aku sapu sampah.Walaupun kami masih kecil tapi kami cekap buat kerja.Bagitulah cara mak aku mendidik anak2 dia supaya lebih bertanggung jawab.
Masa kami kecil2 dulu,kitorang ni suka sgt menyanyi..esp kak nina.Pantang ada kenduri kawin.Pelamin tu akan dijadikan pentas untuk buat persembahan.Kaknina jadi glamour masa kenduri kawin Cik Mah aku.Dia nyanyi lagu..
"kain pelekat lalala..kain pelekat lalala.."
Lagu anuar Zain ngan ellena..kitorang ni die hard fan mereka masa kecik2.Sumer lagu diorang kami tau.Selain tu kitorang ada idola sendiri..Kaklong dulu suka Razis Ismail, Kak Nina suka Syed Sobri..dan aku suka Sudirman.ahhahha...pastu sumer lagu Francisca peter kami hafal.Lagu kanak2 kat kaset esp lagu Andrian tu lagi laaa...tiap hari putar.Kalau nyanyi tu siap buat pentas..siap rekod dlm radio.Aku rasa kalau kami duduk kat bandar dah lama kami jadi penyanyi.Kami pon ada bakat buat lagu sendiri.Kami siap ada buku lagu yg kami buat sendiri...
Ermm..zaman kanak2 adalah zaman yg paling best buat aku.Aku rindu nak jadi kanak2 semula...
10:34 p.m. - March 15, 2004
Baru sahaja habis menonton Anugerah Bintang popular..sungguh selesa menonton di rumah berbanding menonton di hostel.Kalau di hostel terpaksa mendengar jerit pekik peminat kalau artis mereka muncul di kaca tv (terutama peminat Anuar Zain..aduh!bisa pekak telinga ni kalau diorang start jerit2!)Dan terpaksa juga mendengar pengulas tanpa gaji yg tatau nak diam..macam org nak dgr dia bercakap..suara tu lebih kuat dr volume tv.Kat rumah..sementara iklan boleh pegi amik makanan,pegi toilet dan sebagainya.Begitulah nikmat menonton tv dirumah.
Anugerah Bintang popular yg dibuka dgn nyanyian bertenaga Diva kita...(mlm tu byk sgt diva)Anita Sarawak...Kagum dgn Kak nita sebab masih bertenaga..muka licin gilerr..kalah muka aku..ehehhe..Gandingan Salih Yaacob dgn Kak Ogy dilihat sebagai comeback yg menjadi dan gandingan ini memang diduga akan menggamatkan susana anugerah bintang popular.Tapi kadang2 terasa mereka ni terover pulak..esp Kak Ogy..tapiii...biasalah tu kan.Keputusan mlm ni pon memang byk yg kita dah duga..tapi mungkin ramai yang tidak menduga kemenangan Saiful Apek sebagai Bintang popular 2003.Aku pun tak jangka dia menang..kemenangannya dalam dua kategori membantunya mengungguli anugerah bintang popular.Tahniah kepada apek..Rezeki dia tahun ni...tak sia2 muka tu kuar setiap filem yg ditayangkan di pawagam malaysia ni.
Aku jugak salute kpd penyanyi2 yg buat persembahan...sumer best2 belaka..cuma kecewa dgn persembahan diva2 kita dihujung rancangan...sewaktu ketiga2 mereka menyanyikan lagu misya omar...kalau kak pah tak lupa lirik mungkin lagu ni lagi best kita dgr..Aku rasa tak puas hati masa dgr lagu tu...adakah lagu ni memang tidak dirancang untuk dinyanyikan bersama?kalau situasinya begitu..ermm mungkin boleh dimaafkan.Tapi akupun tatau situasi sebenar.So, tak boleh aa ckp apa2.Dalam byk2 persembahan aku paling suka masa afdlin,rashid salleh,dan joanna.Ahahhaa..rasa nak terputus tali perut aku gelak..mereka ni betul2 best! Aku pon tak sabar nak tgk citer Buli.Overall untuk ABP 2003(baca macam ella baca..ABP two thousand three..ehehe)Aku boleh bagi 4 drpd 5 bintang.. Alamak...hujan!ader 2 3 tempat bocor..kena carik baldi nak tadah ni...nasib org rumah tak siap..
11:30 p.m. - March 14, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: