Kat Ofis tak begitu banyak kerja.Lagipon memang lengang sket kat section aku ni.Ramai yang bercuti sempena 1 Ramadhan.Yala..nak berbuka puasa pada hari pertama puasa bersama keluarga.Aku?ermm...kalau balik pon tak sempat nak buka puasa hari ni.Balik pkl 5.30 tambah dengan jem gile2 depan ni.Isk!silap2 bukak posa dalam keta jer.Balik malam2 sket kot.
Tadi, membelek2 friendster.Jumpa kawan2 sekolah balik.Tetiba rasa rindu kat sekolah lama.Rindu kat kawan2.Masa sekolah la yang paling banyak kenangan.
ermm....
1:22 p.m. - October 15, 2004
Ramadhan datang lagi...
Kepada semua pembaca blog yg beragama islam, Selamat berpuasa.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.Dapat buat ibadah lebih banyak.Tahun ni pertama kali menyambut ramadhan tanpa status pelajar.Kalau dulu masa puasa kat usm, selalu bukak puasa ramai2.Ilah ngan sarah mesti bawak rice cooker.Masak nasik banyak2 lepas tu kalau tak habis buat la bubur.Makan sahur sketnyer awal..dalam pkl 12.Kalau pagi terjaga pon minum air jer.Ermm..kali ni tatau aa pulak.nak kena bersahur gak rasanya.Takut tak larat nak bergerak sana-sini masa kerja.
Masalah nak berbuka puasa pulak timbul bila kerja ni.Balik ofis 5.30.Menurut kata org2 lama kat sini; sure jem giler depan proton ni.mesti bukak puasa dlm keta punya.So; rasanya bulan puasa ni maybe bukak kat canteen proton jer.lepas semayang maghrib baru balik rumah.
Okes.
5:58 p.m. - October 14, 2004
1. Ermm..nak comment pasal Malaysia Idol pon rasa cam dah basi jer.Apapun..JAC memang layak untuk menang berdasarkan persembahannya yg mantap malam tu. 76% undian yg diterima JAC..ermm�banyak tu!
2. Semalam cuti.Pergi umah kaklong dan telah dipengaruhi oleh dia supaya tak gi kerja.temankan dia mengular kat umah.Perut dia tu nak meletup tak lama lagi.Due date 15 hb ni.Ye! Ye! Dapat anak sedara!
3. Datang kerja naik bas. Bas penuh! Ramai org Indon. Tak dapat duduk sampai Proton.Aduh! letih! Dah la puasa
4. Bos balik dari Italy; bawak coklat banyak.Kat section aku ni dapat sorang satu bar. Aku ni memang excited kalau bab2 coklat ni.Dapat2 jer terus bukak dan makan. Opppsss!!! Dah telan dua kerat baru teringat diri ni tengah puasa.
1:17 p.m. - October 12, 2004
1.Discuss with my ofismate due to uncertainity destiny in Proton.Yup! we still confuse!Ya...la, as contractual staff; who are we to predict our future here!Bila2 masa boleh kena kick out beb!
2.Ramai(exec trainee) yang dah tak bersemangat nak teruskan kerja kat sini.Even our senior exec pon cakap pi carik kerja lain gak..kalau dapat better offer,just grab it.Takyah nak fikir banyak2.
3.I'm waiting till end of this month.Boss ada cakap; kalau pointer above three and dah 6 bulan kat proton boleh dihantar untuk interview to become permanent staff.We wait and see..(on 19 oct will be 6 months in proton.)
Ermm...tak suka hidup dalam 'ketidaktahuan'
p/s: Vote for DINA to be 1st Malaysian Idol!
7:04 p.m. - October 08, 2004
HAPPY BIRTYDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO MIMI..HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
EHEHEHE...NYANYI UNTUK DIRI SENDIRI!
5:11 p.m. - October 07, 2004
1. Datang kerja lambat.Naik bas tunggu bas dari pukul 7.15.Satu jam lepas tu baru bas datang.Jalan jem.pukul 8.57 baru sampai proton..
5:42 p.m. - October 06, 2004
Harga barang naik dek penangan kenaikan harga minyak. Bila fikir2kan semula�tak logic langsung nak naikkan harga bawang merah dari 2.50 ke 4.00 sekilogram (baca Utusan Malaysia) sedangkan harga petrol hanya naik 5 sen seliter. Diorang ni betul-betul ambil kesempatan. Sewenang-wenangnya menaikkan harga.Isk..nanti inflasi kang baru tau.
Semangat untuk berkerja dah menurun semenjak dua menjak ni.Tak tahu la kenapa.Mungkin sebab tak busy sangat..so, boring giler kat ofis. Ataupun keinginan nak sambung belajar tu meluap-luap lepas ofismate berenti utk further study. Ataupun kerja kat sini kurang mencabar. Kerja ofis..tak banyak technical skill yg diperlukan. Asyik kena buat paper. Tak pon kena gi jumpa vendor..meeting ni.meeting tu. Kena negotiate minta turun harga, purchase barang utk p**t*n.Kan tak begitu mencabar? Ehehehe..see, I�m start complaining this and that..
12:53 p.m. - October 05, 2004
I'm wearing green attire today and u know what my clerk said?
"Mimi, awak nampak tua la pakai kaler hijau"
Huwa!!!!sedihnyaaa..takmo pakai hijau dah.Hijau memang tak sesuai dengan diri ni.Hari tu beli baju ni pon sebab rasa takde baju kaler hijau.So, i bought long blouse and tudung donatello kaler hijau.Next time beli kaler pink pulak.Pink make me look better kot.
Today, kerja dah takde sangat.actually since yesterday lagi tatau nak buat apa.Vendor pon tak ada problem sangat.PRECISE(IT project) is getting better/ok.Pergi seminar about thermoset cable/wire at concorde hatel, shah alam.Seminar tu tak lama..kejap jer..tapi the best thing is, asyik makan jer.Sampai2..makan breakfast then 10.30 makan lagi..pastu lunch pulak..makanan sedap2 pulak tu.Huhuhu..tak yah nak cover2..aku ngan cik rosli melantak jer.
Tomorrow amik annual leave.Nak shopping barang untk bertunang.But not for me.Untuk my 2nd big sis.ehehe..boleh la mengepau apa2 yg patut.Pastu Kaklong call kata nak ikut.Isk..mak buyung tu...nak ikut gak.Nanti terberanak tengah jalan haru jeee..due date pon lagi 2 minggu jer.Tak sabar nak tunggu esok.It must be fun hang out with my dearest kakak2.
Ok..5.22..nak kena kemas barang balik.Hari ni zaki tak amik(sedihnyaaa :( )So kena tumpang ofismate balik umah makcik.kena balik on the dot.5.30..okesh.bye
5:14 p.m. - September 30, 2004
ermm..lama tak update.Hujan tengah mengila lebat ni.Asyik hujan jer seminggu dua ni.Ermm..dah peralihan monsun.Tu yg ujan jer.Ujan lebat lak tu.Rasa malas nak basuh/sidai kain(walaupun kat umah tu sidai kain kat balkoni dlm..tak kena ujan pon).Rasa nak beli mesin basuh.Tak larat aa nak basuh baju.Balik keje badan dah penat.nak membasuh lagi...isk!tak kuasa!Last week aku basuh baju satu bakul atau singkatannya..MENDOBI..huhuhu sampai bengkok2 ampaian kat umah tu.Sib baik tak patah.
Masih tak berjaya nak menukar layout.Malas nak berfikir dan tak sempat pon.Ingat nak tukar kat umah tapi alhaii..internet slow gilerr.Kat ofis lak tak sempat pon.Sabtu lepas gi shoping baju.Zaki tinggalkan aku sengsorang kat jalan TAR gi shopping.huhuhu...best giler jadi lone ranger ni.Takde aa org lain nak ngadu letih jalan aaa..nak makan aaa...survey kedai jer...dah nak dekat 2 jam..tu belum beli lagi.
Ofis mate aku ada yg dah berenti (exec trainee gak).Nak sambung belajar...rasa tak best lak takde dia.Sebabnya..kami banyak similarity.Nama dia pon mimi gak.Rasa best jer buat org konpius..dan terkonpius tiap kali org panggil kitorang.muka pon lebih kurang jer...suka makan coklat...kek..tapi dia ni lebih peramah dari aku.Very outspoken...ermm..miss her so much!
Balik ni nak bawak sarah makan.Nak menghiburkan hati sahabat baik aku tu.sian kat dia.selalu sangat kena tinggal.okesh everybody..selamat bekerja/selamat belajar...ADIOS
6:30 p.m. - September 27, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: