'You touched my heart you touched my soul...
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you...'
Its really hurt when you are trying to deny the feeling inside..
And I'm hurt...
Deeply hurt...
I'm so hollow..
11:17 p.m. - June 07, 2006
Semakin hari semakin kurang produktif.Buat keje pon lembap nak siapkan.Takder rasa urgency langsung.Ermm..rasa demotivated.Takder bonus ke?Bila nak bonus?macam takde jer.huwa!!! cek sedeh kalau takde bonus.Baru ingat nak beli laptop.Takperla..kalau ada rezeki,adala bonusnya.Kalau takde pon nak wat camne.Redha jer la.
Esok nak wat keje betul2.Nak concentrate..takmo bgn dari meja tu sampai keje abis.Huhuhuhuhu..semoga berjaya!
9:36 p.m. - June 06, 2006
Lonely...I'm Mr lonely..opss..I'm Ms Lonely..i have nobody..
ahahhaha.I can feel the difference! Huwa!! dah takde tempat nak bermanja n merajuk.Rasa x best la pulak.Takper2 i have to get use with this new world.
Hari ni gi interview.Erm..tak tanya pon pasal current job.Just tanya best achievement n discuss pasal general knowledge.Aku dpt topic National Park.Biasa aaa..mula2 blur giler sampai national park tu pon aku tak ingat pedia.Dalam kepala otak ni dok teringat taman tasik perdana...ahahahaha. budus!.Selepas 5 minit kebluran aku nampak la bayang2 taman negara pahang tu kat kepala otak aku ni.ehehehe memang bengong tul.result dapat next week.ntah aaa..doakan jer la dapat ke peringkat seterusnya.
Aku tgh sakit hati.Memang sakit hati giler kat seseorang.Aku rasa macam dah start nak benci org..ahahaha.Penyakit mental dah kembali.Aku rasa cam org tu pentingkan diri sendiri.Bila sekarang dah ok..and hidup dah bahagia dah tak peduli perasaan org.Arghhh!!!benci betul la.Aku benci org buat aku sedih.
Ni yg rasa nak lari gi jauh2 dr org ni.Masa ni la nak rasa nak jer gi UK ni.ARGH!!!!!!!!benci!
5:22 p.m. - June 05, 2006
Aku berjaya gak lulus exam IELTS dengan band yg membolehkan aku meneruskan hasrat aku nak sambung belajar oversea.Nak ucap tahniah pada diri sendiri.Ahahaha..ayat skema!Erm,tengah pikir apa reward nak bagi diri sendiri ni.ehehehe....
Sekarang hati dah berbelah bahagi.Nak gi further study semua dah Ok.Tinggal submit borang pada Kementerian je.Tempat dah ada(kalau boleh nak tunggu satu lagi)BTN dah pegi, Kursus penyelidikan dah pegi,IELTS dah lulus.Huwa!!!! tatau la.Separuh hati ni kata pegi hantar je borang tu.Separuh lagi kata nanti dulu, try dptkan keje best kat sini.
Tadi ex pakwe call.Cakap relax jer macam takde apa2 berlaku.Masa nak endkan conversation he said the L word.aahahha..mamat ni konpius lagik.Aku cakap aku nak clash tu bukan saje2 ckp.aku serious.Dia kata ala...aku main2 jer.isk! x paham2. bila dah banyak kali aku cakap aku memang nak putus dia terdiam.Dia mintak last chance.Dia mintak maaf pasal hal lepas2.dia mintak sgt2 satu lagi peluang.Erm..i don't have any feeling on him.camner nak bagi peluang.Lagipon aku gerenti kalau sambung balik pon aku mesti meletup balik ngan perangai dia..Lelaki ni, masa ada depan mata tatau nak hargai kita.Bila dah takde baru nak tercari-cari.I'm happy with my life sekarang.Takder commitment.Takyah nak sesak2 pikiran.Tapi kadang2 'tersesak'gak dgn one guy ni(ehehehe).Patutnya nak gi Penang nak jumpa Zuril.Nak wat camner, dia ada game lak.so cancel la.(zuril,mi tipu zuril.Memang mi kecik hati tapi mi xnak zuril rasa bersalah.Sedih laa, saper yg x sedih.Sekarang pon sedih lagi tau.Then lagi sedih bila zuril ckap macam tu kat yahoo msgr td.)
Layan lagu Siti jap..
Tajuk: Biarlah rahsia
Album: Transkripsi
Komposer: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza
Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tiada siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan tugumu kebal
tiada pertimbangan
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
8:53 p.m. - June 02, 2006
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: