Minggu kerja yang pendek.Asyik tersilap hari jer..hari rabu ingat hari isnin.Minggu pendek tapi kerja banyak!Mingu depan lagi sesak dibuat nya.Rasanya macam nak kena buat overtime jer.Isk..report tak siap lagi..training tak settle lagi.Semalam gaji pertama baru masuk.Sket jer gaji..sebab baru 12 hari bekerja.Tapi boleh aaa buat belanja sket utk bulan ni.
Khamis lepas pegi hantar pakngah and family gi umrah kat klia.Flight diorang pukul 2.30.Huh!terpaksa la bersengkang mata..walau mata ni memang dah layu2 pon.Huda, anak makcik aku tiba2 nak terkencing sangat2 masa kat klia tu.Aku pon bawak dia gi toilet.Kitorang berlari2 sebab dia dah tak tahan sampai tahap takleh lari dah..aku terpaksa la dukung dia sambil lari2 ke toilet.Bila sampai depan pintu jer...bushhhhh...dia dah selamat kencing dalam seluar.aku yang tengah dok dukung dia pon habis basah.terpaksa aaa bukak baju budak tu dan cuci.lepas tu keringkan dgn handryer.Baju aku pon terpaksa aa basuh gak..cuci kat tempat yg kena.tapi takleh nak keringkan.terpaksa la berada dlm kebasahan.Nasib baik aaa huda tu kecik lagi.So, kencing dia tak berbau sgt.
Tadi pegi hari terbuka RnD proton.Tapi aku sampai waktu matahari tegak atas kepala.Tak larat dah nak jalan ke bangunan RnD tu.Kepala ni dah sakit..aku patah balik...pastu balik umah.Rasa rugi la pulak..
3:05 a.m. - May 09, 2004
Assalamualaikum,
Hai semua! Lama tak update.Mesti ada yang dah malas nak menjengok blog ni.Bila bukak asyik benda yang sama jer.Nak buat camner, kat tempat kerja takleh nak access internet.Dah apply utk guna tapi tak dapat lagi password.Komputer pon belum dapat lagi..asyik ulang alik dari ofis ke kabin untuk guna komputer.Telefon pon belum ada kat tempat aku.Kabin tu tempat aku kerja untuk satu projek kat department tu.Tiap-tiap hari exercise jalan ulang alik dr ofis ke kabin.Lama-lama kurus kering la asyik exercise jer.
Setiap hari keluar rumah sebelum pukul 7.Nak elak sesak kat roundabout JVC tu.Tapi, keluar awal pon masih sesak.Kesian makcik aku.,beberapa hari ni punch card dia merah.Sebab jalan nak ke tempat kerja dia lebih sesak dr nak ke proton.Depan proton tu memang sesak giler.Kalau pakcik polis tak jaga lagi teruk jadinya.Setiap hari aku jadi tukang bukak lampu kat bhgn yang aku duduk tu.Masa mula-mula masuk tak jumpa suis lampu.So, pagi2 aku bergelap aa dlm ofis tu.Bos untuk projek yg aku kena buat tu sangat lah baik.Bos perempuan! Jenis yang tak suka marah2.Hari tu aku ada problem..siap boleh luahkan lagi kongsi masalah dengan dia.So far aku happy kerja kat sini.Balik lambat tiap hari pon takpe.Aku balik selalunya dalam pukul 6.Tumpang keta Lini (budak usm gak) rumah aku tu tak aa jauh sangat.Tapi jem punya pasal sampai umah pon dlm pukul 7.
Aku cuti sampai hari selasa ni.Wah..cuti hari pekerja yg pertama untuk aku..
2:59 p.m. - May 03, 2004
Blog ni akan di update minggu depan.Terima Kasih!
p/s : baru kerja 5 hari aku dah demam.....
8:34 p.m. - April 25, 2004
Hi semua! Sorry laa..dah 10 hari tak update.Ahad lepas dapat call dari proton pukul 5.30 petang suruh report duty pukul 8 hari Isnin.Kelam kabut dibuatnya.Sekarang dah sah jadi warga Proton. Duduk kat Purchasing department, one of the busiest department kat sana. Masa lapor diri tu ada 25 org lagi yg masuk sekali.Kitorang ni sumer jadi trainee selama 2 thn.Kalau performance bagus akan diserap jadi executive kat sana.
Kerja memang berlambak2 menanti kami yg masuk department ni.Tapi this week tak buat kerja sangat.Just belajar secara teori (membaca notes sampai nak tertutup mata)dan briefing dari setiap section dan terangkan apa aku punya task kat deparment tu.Pastu melawat2 factory.huh!penat giler..besar sgt factory tu.
Best keje kat proton ni.Boleh save duit..makan ada subsidi.tiap hari belanja tak lebih seringgit.Working environment pon best.Walau pon untuk dua tahun ni gaji memang sket, tapi memang banyak benda yg boleh belajar kat sini.Aku memang beruntung sebab diletakkan dibawah satu projek besar department ni..Dan nampaknya peluang tu memang cerah kalau kerja kuat.Erm..tak kesah aa..yg penting pengalaman dan aku enjoy apa yg aku tgh buat sekarang.
Esok ada 5 org budak PKN nak datang rumah makan tengah hari.Kena kemas2 rumah yg bersepah ni.ok..chow!
12:50 a.m. - April 24, 2004
Aku dah makin seronok nak memasak tiap hari.Sebab mak aku selalu puji aku masak sedap.Dua hari lepas aku bukak kedai tomyam kat umah.Ahahah..takde aaa..ayah beli ikan kerapu, So aku masak aa sweet sour.Ikan tu dah la besar Nasib baik ada pinggan yang sesuai nak letak.Lepas tu buat kerabu sotong dan sayur campur.Memang berselera makan!Mak aku kata dah boleh bukak kedai makan.Ahahaha..kembang jer rasanya.
Hari isnin lepas proton tepon aku buat kali kedua (lepas medical chek up).Ada ker twpon suruh aku buat medical check up.Aku baru jer buat selasa lepas,pastu esoknya tepon lagi suruh pi medical chek up.huh! ni mesti sebab hari sebelum masa aku medical checkup tu org yg patut bwak aku tu takde..org lain pulak yg bawak.pastu,hari isnin baru ni tepon lagi suruh pi medical check up.Ni yg aku marah niii...berapa kali aku nak cakap aku dah buat medical check up.Kali ni perempuan pulak tepon aku.Aku bagitau dia...aku sekarang tengah tunggu dipanggil bekerja.Medical chekup dah buat.Dan ptoton dan tepon dua kali lepas aku buat medical check up tu.Hampeh betul!.Dia minta maaf pastu dia kata dia tepon aku bila proton nak panggil aku start keje.Eerm..bengong betul.Meha,nanti hang pegi medical check up ckp kat dia aku dah buat medical chekup..jgn panggil aku pi buat lagi.:P
Petang tadi aku pegi mandikan anak2 kucing kat rumah.5 ekor semuanya.Kucing2 tu diam jer..sebab 1st time mandi,so takdela nak meraung2 sangat.Mak2 kucing aku malas nak mandikan.Nanti tak pasal2 aku kena cakar.Tapi kucing2 ni hampeh betul.Baru lepas mandi dah pegi guling2 kat tanah.Buat penat mandi jer!
3:23 a.m. - April 15, 2004
Hidup menjadi surirumah sepenuh masa mesti sentiasa berfiiran kreatif. Setiap hari, bila mata ni celik jer..otak dah ligat berfikir.
�Hari ni nak masak apa?�
�Ikan ada lagi tak dalam peti sejuk?�
Dan banyak lagi yang terlintas di kepala ni. Setiap hari lauk yang dimasak kena dipelbagaikan. Ya la, kalau lauk yang sama setiap hari, mestilah jemu. Sementara aku menjawat jawatan ni,(selain menjadi penganggur terhormat) aku ditugaskan sebagai tukang masak.Jadi, setiap hari kena pikir nak masak apa. Petang pulak nak minum apa. Dah nak sebulan kat rumah, aku sudah jadi tukang masak yang baik.ehehe..Adik aku kata dah pass, boleh kawin dah.
Hari ni aku masak makanan kurang berkhasiat tetapi sangat menyelerakan.Aku buat Puding Karamel. Nak tahu kenapa aku kata kurang menyihatkan.Cuba tengok resepi pudding ni.
1 cawan gula
1 cawan air
1 tin susu cair
� tin susu pekat
5 biji telur
2 sudu tepung kastard/jagung
sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya sangat mudah. Mula-mula kita buat caramel (gula hangus ) dgn menggunakan air dan gula. Kemudian sejukkan. Sementara caramel kita sejuk, campurkan susu pekat,susu cair,telur,tepung dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati/rata. Masukkan caramel kedalam satu bekas dan kemudianya campuran kesemua bahan tadi. Kukuskan pudding ini sehingga masak.Nyum..nyum�sedapppppp.
Ingatan khas kepada mereka yang tak suka manis2.Korang boleh kurangkan gula dan susu pekat.Dan janganla makan pudding ni selalu.Dahla manis, guna 5 biji telur lagi. Sangatla tak berkhasiatnya. Tapi, sangat sedap dimakan. Selamat mencuba!!!
7:49 p.m. - April 11, 2004
Pagi2 pagi buta semalam aku bangun bersiap nak pegi medical check-up.Bapak aku kejut pukul 5 pagi.Isk!awal giler..aku tido balik aaa.Medical check up tu pukul 8.Aku pon heran.awal2 pagi ni ada ke doktor nak datang ke.Ermm..terpaksa dengar kakcik membebel dengan aku tergesa2 bersiap sebab tak readykan apa yg patut malam sebelum nya.bertolak dr rumah pukul 7.Alamak!ayah aku malas bawak keta lak..terpaksalah aku bawak.Aahahhah aku ni spesis bawak keta cam kura2.Lagi2 bawak keta mama yg baru jer elok dr accident.Akhirnya aku sampai pukul 8.30 kat proton.Memang lembap betul!
Aku ingat aku la org yg paling lambat.Rupanya org yg sepatutnya membawa kami pergi medical check up tu lagi lambat dr aku.Hari tu ada 3 org perempuan yg buat medical check up termasuk aku.Kami dibawa ke klinik proton.Disebabkan bilangan kami yg kecil(ada satu grup budak laki dalam 20 org buat medical checkup gak)dan sebab kami ni pompuan,proses medical checkup kitorang dicepatkan.Takyah nak tunggu giliran..terus je masuk bilik doktor.Nasib baik laa..kalau tak mesti lambat nak siap.Alamak!masa check mata, mata ni dah tak berapa nampak.Dah tak se'clear'dulu.
Lepas balik dr medical check up tepon aku bunyi.Isk! School tepon..apahal pulak.Takkan ada seminar kot(biasanya kalau school tepon aku mesti sebab ada seminar ataupon en iliya nak jumpa).Rupanya Dr Hamid(lecturer aerospace management aku dr Iran)yg tepon.Pelik gak aku..kenapa mamat iran ni tepon.Ahahhaa..rupanya dia nak minta maaf sebab buat aku rasa rejected masa aku dan hamsiah tanya pasal Master.Masa tu dia suruh kami balik dan pikir balik tajuk yang sesuai.Pastu dia rasa bersalah sebab suruh kitotang balik.Isk!sebenarnya aku tak rasa apa pon.Aku memang tak beria nak amik Master.Lagipon benda tu dah lepas...dah sebulan berlalu.Dia kata dia sangat tak sedap hati buat kitorang camtuh.Ahahhaa..aku tak kesah pon.Aku bagitau dia aku maybe dapat kerja lepas pass medical checkup ni.Mamat tu gembira laaa..dia kata aku ni bukanlah dikalangan org2 yg direject!huh!memang la..aku tak terasa pon aku ni kena reject.Dia jer yg pikir bukan2.Apa pon aku respect kat dia sebab sanggup tepon dr jauh untuk minta maaf.Isk!ada ker lecturer lain yg boleh buat cam dia?Aku tak pikir ada..
2:31 a.m. - April 07, 2004
Semalam adalah hujung minggu yang menyeronokkan untuk ahli keluarga aku. Terasa macam di hari raya.Semua ahli keluarga balik menjengok nenek.Keadaan nenek tetap tak berubah.Tapi, ada riak gembira di wajahnya.Ada lebih kurang 10 buah kereta di laman rumah.Orang yang lalu lalang depan rumah kami ni pon pelik tengok kereta banyak.Makcik aku yang duduk di johor dan hanya 5 thn sekali balik tu pon ada.Memang riuh rendah kat rumah nenek tu.Dari pagi hingga ke malam.Untuk makan tengah hari, semua bergotong royong masak.Menu yang biasa ada kat rumah nenek kalau keluarga berkumpul...assam pedas ikan pari, kerabu mangga dan byk lagi.Makan beramai-ramai memang menyeronokkan.Perut yg kenyang pon boleh jadi lapar.Sambil makan sambil bergurau.Sempat lagi amik gambar buat kenangan.
Waktu petang pula, yang anak2 dara berkumpul kat meja dapur.Bergosip dengan makcik2 aku yang sibuk menggoreng sukun,pisang dan cekodok.Kitorang yang muda ni berkumpul kat meja makan sambil tunggu goreng sukun dihidangkan.Sekali hidang,sumer berebut2 nak makan.Licin!sampai tukang masak(makcik2 aku)terpaksa buat cekodok lebih dari 3 besen untuk menjamu anak2 sedara mereka yang kebulur ni.eheheh..tukang masak pon sempat makan 2,3 biji jer cekodok.Lepas makan2 didapur..semua pergi borak2 dilaman rumah.Pakcik Rafi aku sempat lagi ajak budak2 kecil lumba lari di laman rumah.ahahhaa..lepas lari sempat ajar anak2 sedaranya bersenam.Dia la pakcik aku yang paling sporting sekali.
Erm..rasa dah lama tak berkumpul ramai2 macam ni.Sekali sekala berkumpul memang seronok.Bulan 6 ni lagi ramai keluarga yang akan berkampung kat rumah nenek ni.Family day yang tak jadi bulan lepas akan dibuat pada bulan 6 ni.Baju untuk ahli keluarga keturunan Tok Sohod(datuk aku) dah dibelikan.Erk!tema baju kitorang warna hijau lumut.Kain dah siap beli dua kayu...tinggal nak tempah je.
9:58 a.m. - April 05, 2004
2 nd Interview dah lepas.Alhamdulillah..segalanya berjalan dgn baik. Interview ni pon kejap jer..tak sampai setengah jam.Yang best tu, dia tanya aku bila nak kawin? Bf kerja kat mana?ehehehe..dia kata, sebagai majikan� soalan ni penting.Ermm�ok! Aku kena tunggu dalam masa 7 hari utk terima jawapan.
Waktu aku nak balik rumah,Wah!!!berduyun-duyun manusia tengah tunggu bas kat Klang tu.Dah la hujan waktu tu.Bersesak-sesak nak naik bas.Macam budak2 kecik pulak aku rasa.Bertolak-tolak baga nak rak.Aku pon tak perasan bila masa aku tertolak sampai ke depan pintu bas.Nak bernafas pon susah! Keadaan ni membuat aku teringat waktu zaman sekolah dulu.Begitu seksanya nak balik kl dari pekan Raub dengan menaiki bas.Masa tu, bilangan bas nya agak terhad berbanding dengan penumpang yg ramai. Memang la terpaksa berebut-rebut.Jangan ada hati nak beratur.Alamatnya, takkan dapat naik bas tu sampai bila-bila.Kalau tak dapat tempat duduk pula, memang berkemungkinan besar sepanjang perjalanan Raub-KL tu kita akan terpaksa berdiri.Erk! sebab itulah masa sekolah2 dulu aku jarang balik rumah.Malas nak bersusah2 naik bas.
Hari ni sumer pakcik dan makcik aku balik ke rumah nenek.(rumah nenek aku kat sebelah umah aku je).Nenek aku dah semakin uzur.Kami dah buat bacaan yassin untuk 3 hari berturut bermula dari hari khamis sampai sabtu.Aku doakan nenek cepat sembuh.Amin...
3:08 a.m. - April 04, 2004
Emosi kembali stabil. Hari ni rasa penin2(tak cukup tido).Tido pukul 6 pagi bangun pukul 9 pagi.Haiya! rasa melayang2 jer kepala.
Mesti sumer dah baca/ dengar berita pasal budak tingkatan 4 kat sek agama kat Ampangan yg mati sebab dibelasah.Bodoh betul budak2 yang belasah dia tu.Nama jer budak sekolah asrama (biasanya budak sekolah asrama pandai2).Suka2 hati je nak pukul org sampai mati.Gila betul! Mak bapak antar sekolah suruh belajar..bukan jadi pembunuh.Salah siapa ni? Takkan nak salahkan sekolah kot.Salah mak bapak?pon takleh.Mereka ni dah besar..dah form 4/5.Dah boleh pikir baik buruk.Dah la tu, bersekolah di sekolah agama pulak tu.Makin nak jadikan diorang ni pandai, makin bodoh pulak jadinya.Kementerian nak buat talian khas untuk atasi masalah ni.erm..nak panggil apa talian ni?kalau pasal dera kita panggil Teledera..kalau gengster ni, telegengster kot? tak pon telebuli..ehehe apa2 je laaa.Jangan hangat2 tahi ayam sudah la.Masa satu kes kat Johor satu masa dulu (masa aku form4 kot), kementerian pon kononnya nak ambil langkah tegas nak atasi masalah ni.Tapi, sama jer...takdenyer tegas.Perkara yang sama tetap berlaku jugak.
Aku ni dulu budak sekolah asrama gak.Selalu jugak dengar kes pukul kat sekolah.Tapi takdela sampai jadi kes bunuh.Tapi memang perkara membelasah junior ni perkara biasa.(kat asrama lelaki aaa.Asrama perempuan tu takat suruh basuh baju je).Aku rasa budaya raging tu dah tak wujud dah.Aku masuk asrama masa tingkatan 1. Takde pon senior yg nak raging.Kalau ada yg berani, nanti kena adu kat warden.Itu hal kat asrama perempuan la.Kalau asrama lelaki, aku tatau la pulak macam mana.Tapi aku selalu dengar budak lelaki citer pasal hal hostel diorang kat kelas.Erk! aku kalau ada anak lelaki rasanya taknak hantar pegi asrama. Dah la budak lelaki kat asrama ni pengotor, suka buli junior dan macam2 lagila.Aku dulu memang cukup anti dgn budak lelaki ni. Salah satu sebabnya diorang ni suka curi bekas minuman aku.Kitorang dulu kena bawak bekas minuman sendiri utk makan lewat malam.Bekas minuman tu kitorang tinggalkan kat depan dewan makan masa on the way nak gi preparation class(prep).Balik prep baru boleh gi minum.Tapi budak lelaki ni biasanya takde bekas minuman.So, diorang curi jer budak perempuan punya.Hampeh betul!Boys memang jahat! Ahahah..Ada macam2 citer pasal asrama ni.Kalau nak tulis memang panjang berjela.Lain kali aku citer pasal hal yang lain yang lebih menarik.
Hari ni nak tido awal sket.Esok ada interview lagi.Wish me luck!
11:16 p.m. - March 31, 2004
Masih tercari2 tajuk yang menarik untuk ditulis.Takde mood untuk menulis.Sesuatu yang buruk telah berlaku.Aku dalam keadaan emosi yang tidak stabil.Sedih, marah geram semuanya ada.Aku hanya mampu berdoa semuanya ini akan berakhir....
2:42 a.m. - March 31, 2004
Hari minggu adalah hari untuk berpenat2. Ada operasi mengemas bilik tido yg sekali tgk boleh dikatakan byk bilik stor.Banyak giler barang yg disumbatkan kat bilik tu.Aku pon tak tido kat bilik tu sebab aku rasa macam tido dlm gua jer.Mama ngan aku mengemas dan membuang barang2 yg kami rasa tak berguna.Baju yg aku bawak dr hostel pon tak keluar lagi dari beg.Tak muat nak letak dalam almari.Buku2 ngan nota2 aku pon masih dalam kotak.Sayang nak buang kertas2 nota tu walaupun belambak giler dlm kotak tu.Tu sumer ilmu...sayang nak buang.Mana tau satu hari boleh guna balik.Jangan Cik Tikus gerit sudah aaaa.Duk kat kg ni binatang apa yg tak ada.Hari tu dah operasi buang tikus.Tapi still ada lagi.Ahahah..nilah nasib rumah tak siap.Kalau hujan..sibuk la duk tadah air yg bocor..pastu tikus2 sukala dtg ikut lubang kat tepi dinding tu.
Semalam pegi Jalan-jalan Carik Makan di Klang.Melepaskan kempunan makan rojak Klang.Dari aku kecik sampai aku besar.. kami satu family suka gile makan Rojak Klang yg dekat emporium makan tu.(bawah supermarket GAMA..tapi GAMA tu dah tutup)Aku boleh rekomen kat korang sumer supaya makan kat sana.Nama gerai tu..ROJAK KLANG GANI.Best Gilerrr!!!Buat masa ni takde lagi rojak lain yg dapat mengatasi kelazatan rojak klang gani ni.Kalau sesapa yg datang klang jgn lupa singgah makan rojak di sana.Ha..satu lagi depan gerai rojak tu ada warung Mee Jawa Wak Sarif..Mee Jawa kat situ pon best.Pergila try..
Baru dapat Good News..Nur Hadiah, kawan aku masa kat Sek dulu nak kawin.Akhirnya, kisah percintaan mereka berakhir dgn perkahwinan.Nak tahu saper bakal suami dia?Eehehe..cikgu kemahiran hidup aku masa form 1 sampai form 3.Heidi ni bercinta dgn cikgu aku.Dari favourite student terus tukar kepada special girlfren lepas habis sekolah.Ahahha..cikgu tu tua 10 thn dari kitorang.Orgnye hensem..Kalau dulu masa kat sekolah..dr jauh lagi kitorang dah boleh kenal cikgu tu sebab perfume dia kuat giler!Tak sabar2 rasanya nak gi kenduri kawin diorang...
2:29 p.m. - March 28, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: