Hari ni aku berkobar2 nak pegi ofis untuk buat BOM analysis.Sanggup tu dari rumah kat k.selangor dtg ke Shah Alam ni semata2 nak buat kerja.Sampai ofis jer, ofismate aku kata system down.Isk!terbantut segala pekerjaan yg nak aku buat.Cari2 kerja apa yg tak settle lagi.Semuanya kena guna system.Sabar jerlaa.Sekarang aku duk ofis surf internet sambil siapkan confirmation assesment aku yg sepatutnya dah hantar 19hb lepas.Dah 3 bulan 5 hari kat sini.Rasa cam semalam jer masuk.
Semalam buat bacaan Yassin untuk nenek.Nenek dah nazak sekarang.Tapi ada sesuatu yg menghalang untuk dia pergi dgn tenang.Jadi kami sekeluarga baca Yassin utk buang benda yg menghalang tu.Kesian dekat nenek.Dah terlantar 2 tahun kat katil tu.Hanya mampu kelip mata jer.
Korang penah dengar pasal saka tak?Sekarang family aku mengahadapi masalah dengan saka tu.Boleh dikatakan setiap org dlm family kami ada saka.Aku?tatau laaa..sebab sepatutnya harini aku pegi check samada ada saka ke tak.Kalau ada kena buang awal2.Kalau tak..susah kemudian hari.Mama akan buang sakanya hari ni.Bila dengar camner ustazah tu check saka ada ke tak rasa cam tak percaya jer.Tapi bila dia sebut benda2/perangai kita..memang betul 100%.Padahal dia memang tak kenal langsung family kitorang ni.Mama yg memang tak percaya langsung benda2 camni terus percaya.Ada sepupu aku yg ada penjaga Harimau Berantai.Semua tu family aku nak buang.Sebab akan memudaratkan diri kemudian hari.Bukannya kami nak saka ni.Tapi dah terturun kepada semua keturunan datuk kitorang.
11:34 a.m. - July 24, 2004
Assalamulaikum,
Alhamdulillah...baru lepas makan.Hujung bulan ni poket sakit sket.Gaji kita ni pon tak besar mana.Baru move in ni lagi laaa banyak belanja.Pegi kerja pon sekarang kena naik 3 kenderaan awam yg berbeza.Bangun pagi jgn cakap laa...awal giler.Sesudah subuh dah bertolak naik teksi ke LRT.Lepas tu nak LRT sampai Universiti.Sampai kat stesen Universiti tunggu pulak bas 337C ke Proton.Camtula setiap hari.Hari Selasa lepas tak gi kerja.Sebab utama..bangun pagi jer hujan turun dengan lebatnya.camner aku nak jalan ke jalan besar utk tunggu teksi.Payung pon takde masa tu.Tunggu hujan berenti sampailah pukul 8.Masa tu perut dah mula sakit.Last2 aku pi hospital pegi amik MC.Memula carik gak klinik panel kat area umah tu.Tapi tak jumpa pon.So, pegi la HKL.Sket nyer jauh jumpa doktor.
Hari niada byk kerja tertangguh nak sttlekan.Nak mintak cuti seminggu utk konvo.okes sumer...chow!
1:36 p.m. - July 22, 2004
a'kum,
Lega rasanya...weekend yg memenatkan+menyedihkan dah berlalu.Hari Sabtu pegi tegok bola..Tiger vs Canaries.2nd half dah balik.Boring..tak best.Malaysia kalah.Kalau balik lambat mesti kena berebut nak naik tren.Lagipon malas nak balik lewat2.
Hari Ahad pulak penat carik umah sewa.Dah tak best nak duk umah hamsiah.Tuan umah minta aku bayar duit sewa cam la aku ni nak lari membayar.Aku dah cakap siang2 kat dia aku nak tumpang jer.Tapi aku bayar la sewa umah.Memang la aku dok tangguh je deposit rumah tu.Sebab ada masalah kewangan.Tak consider langsung tuan rumah ni.Hah!last2 aku bayr sewa sebulan dgn api air utk 2 bulan(hampeh!aku duk sebulan tapi kena bayar utk dua bulan..cekik darah tul!)Pastu petang semalam jugak aku,zaki,sarah dan pakwenye mencari umah utk aku ngan sarah.Alhamdulillah...dapat umah kat Kelana Jaya.Sewa pon oklaa..RM160 sorang.Sumer dah ada..tv,peti sejuk.Deposit pon boeh bayar ansur2.Housemate tak sombong..sumer ok jer.Rumah lama sewa RM150 tapi flat jer.Yg baru ni kondo.Lagi bagus..even security ketat nak mampos.Pak guard kerek giler.Ahaha..tak perla.atleast aku dah tak MENUMPANG lagi.
Yang seksanya buat sementara ni kena naik bas ke ofis.Nak naik bas tu pulak kena amik kat LRT stesen universiti.So, kena naik LRT dulu.Bangun awal2..bergerak dr rumah pon sesudah subuh.Takpe2..minta2 cepat la dapat keta.First day naik bas hari ni zaki tolong hantarkan.Dia kata tak berani nak biar aku pagi2 buta jalan/naik teksi pegi naik LRT.Muahh!sayang kat abg aku yg sorang tu.
Okesh...nak sambung buat kerja.ehehehe..dah habis lunch hour.Kerja tak start lagi.
1:53 p.m. - July 19, 2004
Yes!Friday!!!mood malas buat kerja.Banyak kerja tergendala ni.Pegi meeting laa..belajar BOM la..dan macam2 lagi.
Besok pegi tengok Norwich City vs Malaysia.Dapat tiket free.Al maklumla, proton kan penaja rasmi Norwich city.Rasanya..saper memang?kita tengok esok!
6:03 p.m. - July 16, 2004
hi,
Update this blog alone in office.Dah nak pukul 8.Overtime?ehehe..carik makan lebih sket.Baru balik dari tempat vendor kat Kg Gajah.Bila sampai, officmate yg aku selalu tumpang tu dah balik.So, terpaksa minta tolong Makcik yg duduk kat seksyen 19 amik aku kat sini.
Hari ni My Best fren- sarah nak datang.Jadi kemungkinan besar tido malam ku akan diganggu.Bertolak lepas maghrib..ermmmm pukul berapa la nak sampai.Tapi, tak kesah pon.Sib baik esok dia ikut ayah dia gi Melaka.Kalau tak aku pon tatau nak suruh dia pegi mana time kitorang gi ofis.
Semalam, pagi2 lagi aku dah kena marah sebab tak siapkan kerja.Bukan tak siapkan...tapi terlupa.Lepas tu mood terus jatuh merudum.Zaki pulak duk membebel pagi2 sebab dia tepon byk kali aku tak angkat.Aku tak dengar sebenarnya tepon tu bunyi..tau2 tgk dah ada miss call.Tensen giler..Aku siapkan beberapa kerja dengan keadaan rasa camnak nangis.(ahaha..dah nangis pon)Lepas lunch hour aku submit satu kerja yg dah lama aku peram kat bos.Yang best nye,dapat pujian dgn boss sebab buat kerja dgn baik.Mood masa tu dah naik balik.Pastu dapat selesaikan 1 problem about vendor.Senior exec pulak puji...ahahhaha riak pulak kat sini.
Okesh..aku nak semayang maghrib.Sat lagi makcik aku datang.bubai sumer
7:59 p.m. - July 15, 2004
Semalam aku tido lambat sampai pkl 3 pagi gara-gara nak carik umah sewa kat dalam internet.Aku ngan sarah nak carik umah area kelana jaya.Kalau tak pon area subang jaya.Kalau duk subang kena carik bas pulak ke kelana jaya.Payah betul nak carik.
Tadi tengok malaysian Idol.Jumaat lepas tak sempat nak tengok.Betul kata Aunty Yan, peserta malaysian Idol punya pakaian agak seksi berbanding pertandingan2 yg lain.Dedah sana..dedah sini..Kalau nak dibandingkan dengan pertandingan lain, malaysian idol ni pesertanya ramai dr kawasan bandar.Jadi tak heran la pakai baju macam tu.Diorang ni pon kena pandai communicate dlm bahasa inggeris.Yang terpilih pon memang betul2 berbakat.30 peserta telah dipilih utk ke pertandingan akhir.Jadi, lepas ni tugas penonton di rumah memilih idol mereka.Kalau pilih tu biarla betul2 layak.Ye laa..kita kena pilih org yg betul2 layak utk mewakili malaysia.
Erk!! malasnya nak kerja.Sebab byk kerja tertangguh ni.Nak kejar org carik infomation pon susah.Esok pagi2 aku dah kena pegi morning market.Hopefully vendor aku nye problem dah settle.Kalau tak..erk!!!
2:53 p.m. - July 11, 2004
Hi sumer!. I'm updating for the 1st time kat ofis. Tengah senyap sunyi ofis ni.Org pegi semayang jumaat.Aku still tak dapat password utk internet. Ni pon tumpang menyelit kat org punya password.
This week sebuk sket sebab vendor ygaku jaga buat hal.Ada part tak supply, production pon takleh nak jalan smoothly.Terpaksa kejar vendor to get the status. Bila buat meeting dtg lambat pulak.Tu yg aku sedih company melayu.Proton dah bagi bisnes kat diorang tapi tak jaga elok2.Bila kita tak puas hati dan terpaksa bagi bisnes kat org lain diorang pulak kata kita taknak tolong.Janji jer lebih...bila bagi volume banyak ni kena supply, sumer kata OK. Bila production dah jalan...banyak pulak create problem.problem ni laa..problem tu laaa.Siap salahkan kitorang pulak tu. Ler..kami ni customer..customer is always right!
Esok nak buat overtime.This month kena kumpul duit byk sket.Ehehe..sebelum ni sebenarnya tak kumpul duit langsung pon.Habis semua buat belanja.Dah besar ni...nak bagi duit kat mak lagi...nak kawin lagi..nak beli baju lagi..nak beli keta lagi...dan macam2 lagi.
Esok kena balik umah.Nak temankan mama gi Dinner hari guru.Ermm..dah lama tak gi tgk wayang.Nak tgk la citer spiderman tu.Siapa nak belanja aku tiket wayang?
p/s- Sarah, keta tak dapat lagi minggu ni. Aku ingat hang kena tumpang kak nora dulu.Takut next week pon tak dapat lagi.
1:28 p.m. - July 09, 2004
Huh!aku rasa nak mengamuk sebab aku dah siap tulis satu entry yang panjang tapi tak sempat nak load dah terputus connection.huwa!!!Aku takleh nak update last week sebab tepon umah ni dah kena potong. Tu la�ramai sangat yang bercinta kat umah ni.Masing-masing bergayut termasuk lah aku.eheheh�
Aku sekarang dah pindah umah. Dah tak duduk umah makcik aku.Sebabb utamanya ialah kawan yg aku tumpang kerja tiap pagi dah takmo tumpangkan aku.Sian tak kat aku? Nak suruh makcik aku hantar sian lak kat dia sebab nanti dia masuk kerja lambat.Almaklumla�makcik aku tu cikgu.7.30 dah kena punchcard.So, aku duk umah hamsiah sementara ni.Sebab aku nak cari umah area kelana jaya.Nak duduk ngan sarah nanti.Kalau aku carik area shah alam ni sian lak kat dia.Aku maybe ada kenderaan dalam seminggu dua ni.So, tak kesah la nak duk kat mana pon.
Ramai yg tanya kat aku especially family aku la..takmo cari kerja lain ker?takmo minta jadi lecturer ker? Yela..mentang2 la gaji kat proton sket jer.Tapi tak per..mintak2 boleh jadi permanent.Kalu dipikir2kan pasal gaji�memang melemahkan aku.Tapi aku rasa aku masih boleh bertahan.
Jumaat lepas aku basah kuyup sampai ofis.Hujan lebat pagi tu.Aku ni dah la naik moto jer. Baju ujan pon takde.Harap baju sejuk jer.Nasib baik aku bawak baju spare. Sampai2 jer pergi tukar baju kat toilet.Aku lua pulak bawak tudung spare.Terpaksa la ku mengeringkan tudung dengan hand dryer kat toilet tu.Kaki aku pon dah kecut sebab setokin dan kasut basah gak. Tapi aku tetap bernasib baik sebab aku memang tinggalkan kasut baru aku kat ofis.Sebabnya kasut tu tinggi sket.Kalau aku nak pakai utk pegi balik ofis rasa cam tak best.Aku ni tak biasa pakai kasut tinggi2 ni. Kasut baru ni pon zaki yang tolong belikan.Dia kata kasut aku dah buruk..dah la fesyen cam budak drjah 5.Cis!sampai hati dia.Pastu dia belikan aku baju,seluar tudung dan setokin sekali utk pakai ke ofis.pendek kata lengkap serba berdiri.Muahhh!sayang kat abg aku tu!
Boss dah bagi aku pegang lebih banyak supplier utk in charge. Dari 5 sekarang dah lebih 20 supplier.Makin banyak kerja dan tak sempat nak main game.Kalau dulu takde kerja jer aku main game.Ada satu hari tu aku betul2 bosan sebab takde kerja.Aku ni bukannya sepsis yg boleh duk diam tanpa bkerja.Jadi, aku mintak la kerja kat boss.dia kata dia nak pikir dulu.sampai ke petang aku tunggu dia pikir.huh! bosan giler tahap maksimum hari tu.memang aku tak buat apa langsung hari tuh.Boleh kata macam makan gaji buta je hari tu.
Ermm..okla..next week aku update dihari dan waktu yang sama�.bubai!
1:38 a.m. - July 04, 2004
Baru sahaja selesai Family Day. Penat tu jangan cakap laa..memang penat nak mampos.Tapi Memang best buat Family Day ni. Dapatla jumpa dan kenal saudara mara yang jauh. Dapat tahu jugak serba sedikit pengetahuan mengenai family aku ni. Adat dan pantang larang pon dapat dipelajari. Siap ada pertandingan buat pameran keluarga. Family kitorang dapat nombor dua. Ada 5 generasi yang berkumpul. Kira kira ada dlm 300 lebih org. Sedara dari Singapore pon sanggup turun.
Aku bertuah hari ni sebab aku menang cabutan bertuah yang pertama. Ehehe.. lucky number aku 173.Aku ada upload gambar family day tu.tengok2 la dalam album tu kalau ada.
Aku nak balik shah alam jap lagi. Aku dah pindah umah meha. Sebabnya dah takde saper nak antar aku gi kerja. Kawan aku dah takmo antar aku lagi. Sedih betul..nasib baik hamsiah tak kesah nak hantar aku.Tapi aku duduk umah hamsiah untuk dua minggu pastu pindah lagi seksyen 7 pulak.Ok..aku nak rehat.penat ni!
2:29 p.m. - June 20, 2004
Hari ni kakcik dah daftar masuk UTM. Dia dapat Fizik Kesihatan. Walaupun tak dapat 1st choice dia..aku rasa course tu pun OK gak. Parent aku ajak ikut hantar kakcik ke Johor. Erk! Malas aaa. Lagipun kakcik punya barang pun dah penuh satu kereta. Mana nak letak aku ni nanti.
Test kat MAS hari tu ok jer. Ada 4 section. Memula kena jawab bahagian statistik, pastu soalan pemahaman text.Pastu diagrammatic test, macam iq test la.Last sekali personality test. Kalau berjaya test tu baru dipanggil untuk interview. Doa2kan aku berjaya utk test tu.
This week jugak aku ikut Group Supplier Improvement Unit melawat vendor2 PROTON yang nak improve performance mereka. Hari pertama kitorang pegi ke dua buah kilang at Sg Buluh. Kilang yg pertama tu sebenarnya dah bagus, Cuma ada sedikit jer yg perlu di improvekan. Kilang ni dapat Gred B masa di audit dulu. Kiranya kitorang ni datang untuk membantu mereka untuk improve sampai dapat gred A. Kilang kedua tu kilang kecik jer. Pusing nak dekat sejam nak carik kilang tu. Rupanya kitorang dah lalu dua tiga kali depan kilang tu. Takde signboard pon kilang tu. Bila naik ofis pekerja ada 3 org jer.Kat kilang pulak tinggal 3 org gak..Kilang ni dah nak muflis.Tapi kalau diorang tutup kilang susah la proton.Telefon pon dah kena potong.Diorang ni dah kena penalty ngan Proton nak dekat 1juta. Tak tau camner diorang ni nak survive.
Okla..tatau nak tulis apa lagi. Chow!
10:15 a.m. - June 13, 2004
hai..eheheh,sorila.Dah lama tak update.Last week aku tak balik rumah.Pegi kenduri kawin umah maheran kat kelantan.Aku siap sesat 2 jam tu nak carik umah makcik tuh.Huh!ponat den.
Apa yang berlaku sepanjang dua minggu?erm,...macam2.Yang paling menyanyat hati..(erk..menyanyat ker?ermm)abg aku kena rompak.Habis duit dia kat atm machine..Yang bestnya tu, org yang merompak tu kawan dia sendiri.Siap panggil geng2 lagi.Parang dah letak kat leher.Abg pon ada melawan.akibatnya abis kaki tu kena tetak.Kepala kena gak...tapi kakila yg paling teruk...alhamdulillah sempat lari selamatkan diri.Sebab abg kata dia dah tak larat nak lawan..tapi masih dengar lagi kawan dia cakap..nak bunuh jer dia.Isk!tu bbukan kawan namanya.Melaun mana ntah.Sekarang dah melarikan diri.Tatau pegi mana.Duit tu tak kesah aa..yang penting tu nyawa.
Pastu,last week jugak aku dah jual keta tu.Macam hal berlaku sebab keta tu.jadi, aku pon malas dah.Nanti aku beli sendiri keta kalau cukup duit.Cakap pasal duit ni..ermm sekarang mula la terasa yang gaji kat PROTON tu tak cukup.Almaklumla..Executive trainee jer..gaji RM1000,Kalau rajin buat OT adala sket duit.Pastu aku rasa nak duk uma sewa.Segan rasanya nak duduk umah sedara ni lama2.Lagipon rasa macam menyusahkan dia.Kena antar aku pagi2 gi kerja.Kalau duk umah sewa dekat sket ngan kawan yg keje kat proton.Boleh tumpang2.
Aku ada berita baik.Tadi baru dapat panggilan dari MAS.Rabu ni pegi amik Aptitude Test kat HQ MAS kat Kelana Jaya.Rabu ni jugak sebenarnya aku ada exam untuk PTD kat KL.erm..aku rasa nak pegi amik yang MAS tu.Kalau ada rezeki boleh berubah angin dari PROTON ke MAS.ehehee..semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki.Nak tunggu 2 thn baru recruit ke permanent kat proton tu..huh!sakit jugak nak tunggu.Kalau MAS kena buat management Trainee dulu setahun.isk!Apa2pun kita amik dulu examnya..kalau confirm dapat baru pikir masak2.
Sarah, hang takmo ke MAS tu?
4:22 p.m. - June 05, 2004
Terima kasih kepada mereka yang meninggalkan comment.Blog ni byk benda yang aku tak update.Link ke blog kawan2 pon tak update lagi..Blog dD,manmoncang..saper lagi ek?erm..kalu sempat aku update aaa.Kalau mata ni tak dapat bertahan..alamatnya bye2 je la.
Road tax keta aku dah mati 19 hb lepas.Tapi sampai hari ni tak buat lagi.Ada kisah sedih disebaliknya..Aku minta tolong 'abg' aku tolong bayarkan road tax tu.Bukan setakat roadtax..kena uruskan pasal tukar nama dlm insurance.Nak dijadikan cerita,wallet abg tercicir masa on the way nak bayar road tax ngan insurance tu.Huwa!!!bukan sket duit dlm wallet tu.Sudahnya,dia terpaksa la carik duit lain.Hari Isnin baru boleh bayar.balik ni aku nak simpan keta kat umah dulu.Bila dah settle sumer baru bawak balik Shah Alam.
Minggu ni aku pegi lawat satu kilang vendor kat Sg Buloh.Vendor ni ada problem supply barang kat proton.Part yang dia supply byk kena reject.So, aku dan beberapa org yg lain ditugaskan memantau apa yg berlaku sebenarnya sampai menyebabkan mereka takleh nak hantar part mereka ke proton.Huh!penat betul..aku rasa nak pitam dah sebab berdiri terlalu lama.Dah la sorang2 jer perempuan masa pegi tu.Tak best betul.Kilang yang aku pegi ni kilang org melayu..huh!aku rasa tak teratur betul kilang ni.sesuka hati je nak letak barang kat mana pon.Banyak improvment yg kena buat ni!Next week kena pegi lagi kilang ni.Huh!malas betul.
Vendor Training akan habis Isnin ni.Isnin ni tinggal vendor2 yang degil..dah panggil training byk kali pon takmo datang.Lepas ni masuk next phase pulak.Kerja dah semakin bertambah dan semakin mencabar.Kerja kat sini memang kena pandai manage waktu untuk buat kerja.Harap2 aku boleh bertahan.
Mata aku dah tak larat sangat2 ni...gua nak tido dulu!
12:52 a.m. - May 23, 2004
Hi..huwa!!!blog ni dah kehilangan pembaca.Ye laa..asyik tak update je..org pon malas nak singgah.Kepada sesiapa yg masih setia mengikuti perkembangan mimi�terima kasih banyak2.Minggu ni aku sibuk sket.Nasib baik komputer dah dapat kat ofis tu.Tak payah la nak jalan jauh2 lagi bila nak guna komputer.Erm�tak ada apa y g menarik pon kat ofis tu.Next week mungkin start berjalan2..pegi lawat tempat vendor.Ermm..kejap je dah nak sebulan aku kerja kat sini. Hari tu sarah ada tepon.Dia kata ada borang jadi lecturer kuar.Dia amik satu unuk aku gak.ermm�amik je la dulu.Kalau aku rasa nak jadi lecturer boleh isi borang tu. Best gak..boleh study kat oversea ngan makcik sarah tu.
Setiap hari aku tido awal.9.30 je mata ni dah tak larat nak bukak.esoknya pkl 6 pagi dah terjaga siap2 gi ofis.Masa 1st time bawak keta kat sini..huh!tuhan saja yg tahu betapa takutnya aku.Ye laa..tak pernah bawak manual since amik lesen 4 thn lalu.Tiba-tiba kena bawak manual.Masa balik kerja kebetulan kena lalu kawasan yg agak tinggi (berbukit sket).ahahha�dah la jalan jem.terundur ke belakang keta aku.Sib baik sempat tarik handbreak.kelam kabut gila..kawan aku yg tumpang pon naik seram.sampai termati enjin..ehehhee..tapi sekarangg summer dah ok..cakap jer nak gi mana..insyaallah aku boleh bawak..
30 hb ni nak gi kota bharu.Kawan aku meran, nak kawin.Kepada sarah dan meha..kalau nak tumpang aku habaq awal2.aku pi naik keta..insyaallah�.
12:04 p.m. - May 16, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: