ermm..esok aku akan update with the kritikan for PGL
7:25 p.m. - September 02, 2004
SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG MIMI.TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA ANDA DI SINI.
PLAN UTK CUTI MERDEKA?
-TGK PGL
-CELEBRATE BIRTHDAY SARAH (31ST AUG)
-SHOPING (DUIT GAJI DAH NAK HABIS NI..EHEHHE)
SEMALAM TENGOK DOKUMENTARI MENGENAI KELAHIRAN DISELURUH DUNIA.RANCANGAN TU BERKISAR KELAHIRAN BAYI PADA HARI YG SAMA DI NEGARA AFRICA SELATAN,AMERIKA,JEPUN,INDIA,AFGANISTAN,IRELAND DAN ARGENTINA.SETIAP BAYI YANG DISAMBUT TU BERBEZA SUASANA UNTUK SETIAP NEGARA.UNTUK YANG DI AMERIKA, IBU YG MELAHIRKAN ANAK TU SUNGGUH BERTUAH KERANA DAPAT HOSPITAL YG TERCANGGIH KELENGKAPANNYA.KAT AFRIKA PULAK,KESIAN KAT IBU YG NAK LAHIRKAN ANAK.TAK CUKUP KAKITANGAN PERUBATAN.ADA SORANG IBU NI TERPAKSA LAHIRKAN ANAK JUGAK DENGAN HANYA BERTEMAN SEORANG NURSE.LEPAS JER BABY TU KELUAR DR PERUT DAN DIBERSIHKAN SKET, TERUS NURSE TU TINGGALKAN DIA UTK SAMBUT BABY LAIN PULAK.kALAU KAT JEPUN, NAK BERANAK TU MCAM PENGALAMAN YG INDAH...SIAP ADA TV DEPAN ORG YG NAK BERANAK TU.TV TU TUNJUK GAMABAR KETENANGAN.DALAM RANCANGAN TU DIA TUNJUK IBU TU TENGOK TV YG ADA DOLPHIN SEDANG BERENANG2 DLM LAUT.TAKDE TERPEKIK TERLOLONG PON IBU TU..TERAN SKET JER..ZUUUPP..TERUS KELUAR BABY.YANG PALING SEDIH IBU YG NAK LAHIRKAN BABY KAT AFGANISTAN.HOSPITAL DIORANG SANGT DAIF SAMPAIKAN BENANG DANJARUM UNTUK JAHIR BALIK PERUT YG DIBELAH PON TAKDE.SIAP DOKTOR BOLEH SURUH HUSBAND SI IBU NI PEGI CARIK JARUM DAN BENANG KAT FARMASI.YANG SISUAMI NI PON KAYUH LA BASIKAL SAMPAI KE BANDAR SEBELAH.SKETNYER JAAAUHH.BABY YANG KELUAR PULAK TAK BERNAFAS.TAPI DOKTOR PERCAYA BABY TU MASIH HIDUP.SO, DIA SURUH NURSE BAGI BANTUAN PERNAFASAN...NURSE DAH LA TAK TERLATIH..KASAR GILER BUAT KER.SIB BAIK BUDAK TU BERNAFAS LEPAS 5 MINIT.BABY NI ADALAH ANAK YG KE 7 DILAHIRKAN OLEH IBU TU.TAPI YG KE 7 NI JER YG SURVIVE...6 ORG YG SEBELUM NI MENINGGAL DUNIA.SIAN KAN?RASA SANGAT BERSYUKUR DUDUK KAT MALAYSIA.SEMUA ADA...
MERDEKA NI BANYAK IKLAN YANG BEST2 KELUAR.CAM BIASA AAA..PETRONAS MESTI BAGI IKLAN YG KOW2 PUNYA.TAPI AKU SUKA IKLAN TELEKOM LAGI..IKLAN OPAH ADA TEPON CANGGIH.AKU PON TAKDE TEPON SECANGGIH OPAH TU...EHEHE
OKESH..SELAMAT BERCUTI SUMER (OFIS AKU LENGANG..RAMAI AMIK CUTI HARI NI)
11:12 a.m. - August 30, 2004
Huh!aku dah pindah.Penat betul pindah tempat ni.Macam-macam kena angkut.Komputer lama kena angkut ke IT department kat tingkat atas.Pastu berangkut dari atas ke bawah pulak untuk komputer baru.Nasib baik ada abang2 yg baik hati nak tolong angkut.Kalau tak patah laaa pinggang akak ni.Komputer baru ni laju gilerrr..Yang paling terbaru dan terlaju di Proton khas untuk mereka yg terlibat ngan satu projek ni.Exec trainee kebanyakannya dapat kom baru ni.Sampai org It pon jeles sebab diorang sendiri tak dapat kom baru.ehehhe..sukanya aku.
Selsema tak baik lagi.Ditambah dengan batuk pulak.Semalam pegi PUSRAWI amik mc.Mahal la hospital tu.Dah dua kali aku pegi.Yang 1st amik ubat sakit mata..adala kena dalam rm60 lebih..kali ni amik ubat demam lak..kena rm 50 lebih.Sib baik klinik panel.Kalau tak..erkkk..tak mampu la saya.
Rumet aku (selain sarah) nak tambah sorang lagi kat bilik kitorang tu.Isk..aku ngan sarah sangat la tak setuju.Lemas dibuatnya ramai2 org ni.Master bedroom tu bukanla besar sangat pon.Kalau dia bertegas nak bawak masuk kawan dia tu terpaksala aku ngan sarah carik umah lain.Isk..silau aaa tempat baru aku ni.Belakang aku ni ada tingkap..curtain tadak lak tu..isk..sakit mata!
1:40 p.m. - August 25, 2004
Confirmation letter dah terima last week even sepatutnya dah confirm 19 july lepas.Lepas ni boleh aa mintak annual leave.Hari ni dah start jadi trainer balik untuk Vendor.Hari ni gak start posa.Ermm...long way to go..banyak hari lagi.Baru sekerat hari badan dah letih.Hari ni demam lagi.Erk...antibody badan ni dah tak kuat.asyik sakit.Hidung ni rasa nak tercabut sebab selsema.Tapi bukan selsema burung ek.
Ofis aku ni macam kapal karam dah.Bersepah.Kena tukar2 tempat la pulak.Aku pon kena pindah tempat gak.Tapi tempat aku tu port baaaaik punya.jauh sket dr bos.boleh gayut tepon..ehehehe..takderlaaa.Tempat baru..pc baru..best nyer.Tapi mesti rindu kat tempat lama ni.sebab tempat lama ni best..tak kecoh sangat.org tak ramai.Takde org nak menyebuk apa kita buat.
Semalam pegi Australia education fair kat PWTC.Pegi bertanya tempat2 yg menarik untuk further study.Ada dua tempat yg aku arsa cam best kat melbourne.Tapi kena survey scholarship dulu.Try nak tengok IPRS(international Postgraduate research scholarship)ermmm..tengok laa camner nanti.okesh..nak pi tidoq ni.kepala dah penin.
12:50 p.m. - August 23, 2004
aRGHH!!!badan ni rasa sengal2.Lama sangat duduk depan komputer ni.Mata pon dah berpinar-pinar.Aduh!kerja tak siap lagi.Kepala ni dah rasa bengong.
Semalam, tetiba aku dilanda fobia 'lintas jalan'.Tetiba rasa takut nak melintas.Keluar dari ofis pukul 6.30 ptg.Nak lintas jalan takut...jadi duk la kat depan post guard tunggu keta reda.Tunggu rasa takut reda pon ada gak.Last2 dah pkl 7.30 baru berani nak melintas walaupun masa tu keta masih banyak lagi.Buang masa 1 jam depan post guard tu!
Dulu masa kecik2 pon penah fobia lintas jalan.Dah lintas jalan separuh..kat tgh2 tu boleh menagis sebab kakak dah lintas dulu tinggalkan kita sorang2.Masa umur dlm 7 tahun..menangis sebab takut nak turun guna esculator(erk..betul ke eja ni?ermm lantak aa)Semalam pon ada rasa cam nangis gak sebab takut nak melintas..tapi air mata tu tak sempat nak keluar..dah kena marah ngan zaki(tepon dia cakap takut nak lintas).
Oklaa..nak gi lunch.perut lapar giler ni.
12:30 p.m. - August 18, 2004
gambar konvo dah upload..tgk kat Photos tu.
Hari ni dah start keje balik setelah lama bercuti.Blurrr....je masuk ofis.Datang pon awal dari hari2 biasa.
Mata pon dah baik sket.erm..takde citer menarik.kat luar tu Hujan lebat.Sejuk!mata rasa ngantuk...makan nasik lauk ayam masak merah yg masin giler.erk!apa mengarut ni.STOP.
1:59 p.m. - August 16, 2004
Mata still sakit.Dah mc dua hari.Bukannya sakit mata yg merah tu.Mata ni naik ketumbit.Kecoh kat ofis tu.
"Ko ni pegi konvo ke pegi skodeng org?"soklan yg aku asyik dengar hari isnin lepas.Aku pon tak perasan aku skodeng saper masa kat penang tu.ehehe..Terpaksa la dok tutup sebelah mata ni."Dah la mata tu besar...naik ketumbit..bengkak lak tu.makin nampak besar"Tu mama yg cakap.Boss aku suruh pakai spek itam..erk..apa kejedahnya nak pakai spek itam dalam opis.Last2 dia suruh aku pi amik mc.Jadi aku pon pegi amik mc dua hari.Bengkak kat mata ni masih tak surut hingga hari ni.
Sebenanrnya kami sekeluarha tengah berkabung.Nenek baru meninggal dunia pukul 9.50 mlm tadi.Aku ni berjaga sebab pagi nanti nak amik kak nina kat stesen bas klang.Muka nenek tenang jer.Kitorang gilir2 berjaga baca yassin untuk nenek.Sesiapa yg baca entry ni, sedekahla fatihah untuk nenek aku.Semoga roh dia ditempatkan dikalangan org2 yg solleh..amin..
Aku ingat nak sambung cuti jer sampai jumaat ni dah alang2 ketumbit ni tak baik lagi.campur minggu lepas...dah seminggu lebih aa aku cuti.erm..nak dekat dua minggu.Mood kerja memang takde langsung.Dengan mata camni...nak jumpa org pon segan.oklaa..doakan mata ni cepat sembuh.
3:14 a.m. - August 12, 2004
tak sempat nak update..tgh demam dan sakit mata.
nanti dah sehat baru ada mood nak update.
5:35 p.m. - August 09, 2004
Erk! tengah konpius bila nak bertolak ke Penang.Cuti dah approve tapi tatau bila nak gi.Baju konvo pon takde.Zaki kata buat per nak beli baru?Penting sangat ker berbaju baru untuk konvo?erm..kalau pikir2 betul gak!Baju dah berlambak.Paling tidak pon pinjam jer baju kat mama.Pakai baju lawa2 pastu pakai jubah..ermm tak nampak gak baju lawa tu.Betul tak?
Hari ni section aku kosong.Sumer exec ngan assistant foreman gi tgk vendor yg ada problem.Ada 5 group yg pegi.Aku kena pegi ngan boss.(boss aku perempuan tau!)Macam2 citer la kita dengar dengar vendor ni mengadu masalah.Apapun kesimpulan yang aku dapat buat, company melayu ni kena tukar mentality perkerja2 diorang supaya lebih proactive especially top management.kalau management pon ntah apa2..alamtnya bungkusla company.Sayang tgk company yg potential untuk berkembang tapi bungkus sebab boss tak amik peduli sangat.Yang diorang tau..duit masuk dlm poket diorang.Kat sini,bukannya kitorang taknak tolong company/vendor2 bumiputera.Tapi diorang lambat!Kita takleh nak tunggu lagi diorang ni melangkah.Kalau tunggu, dengan kita sekali bungkus.
2:36 p.m. - July 30, 2004
Lawak aaa aku baca citer ilah. pegi klik kat link sebelah kiri tu.Baca aaa entry ilah.Ex roommate aku ni memang sayang kucing..macam aku jugak.Sebulan lepas masa aku balik umah,ada sekor kucing oren yg kembang bulunya.Kucing ni kucing kanak2.Yang kesiannya,kucing ni kena kutu malam.habis telinga dia kena makan dgn kutu ni.Aku pon tiap kali balik umah aku buh minyak gamat kat telinga dia.Mak aku kata kalau takde aku habisla telinga kucing tu.Setelah sebulan...kucing tu punya telinga dah elok.
Hari ni banyak kerja tapi takde mood.Nak marah jer kerjanya.Alamak!nak ujan.Aku kena kuar cepat2 sebelum lagi lebat.satgi ada yg tak balik umah!
5:42 p.m. - July 28, 2004
Hari Isnin selalu la ada benda yang tak kena.Hari ni ingat nak sampai awal kat ofis.last week punch card dah tercela dengan color merah.So, Minggu ni berazam untuk tidak mendapat warna merah.Semua persediaan dah buat.Payung dah beli,so kalau hujan takyah tunggu hujan berenti baru gi kerja.Baju dah siap iron,jadi takyah kelam kabut pagi2 nak iron baju.Bila dah siap pakai baju, bukak beg (ehehehe beli handbag baru, murah giler lepas discount!)wallet takde pulak.Habis sumer dah dipunggah..takde!huh! baru teringat wallet tertinggal kat kereta mama semalam.Haiya!blur kejap.Terus malas nak pegi kerja.Last2 terpaksa buat muka tebal kejutkan housemate yg sedang sedap berselimut nak pinjam duit.Adala RM8 sebab dia takde duit pecah.ermm..cukupla tu untk sampai ofis.
Okesh!duit settle.Berkejar pegi ke jalan besar nak tunggu teksi.Tak lama tunggu kat situ feeder bus sampai.erm..boleh jimat ni.Takyah naik teksi.First time naik bus putraline tu pegi kerja pagi2.Ces!bus tu rupanya jalan jauh amik penumpang baru berenti kat lrt stesen.Tengok jam dah pukul 6.45 a.m.Sah!tertinggal bus ke shah alam.Aku naik bas kedua.sampai proton aku punch card pukul 8.10 minit.Haiya...merah lagi!
1:35 p.m. - July 26, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: