Previous nyer entries tu bukan untuk show off kat org.Just nak inform dan promote kalau2 ada org yg nak try kerja dengan proton.Sebab, before this ramai takmo kerja sini memandangkan gaji yg diberi sgt ciput.Rasanya, with this new scheme mungkin akan attract ramai graduate yg masih menganggur dan memilih2 kerja.Proton is the best place to gain much knowledge.Exect2 kat sini tak kedekut ilmu.Tanya la apa nak tanya. Soklan yg kita rasa bodoh pon diorang akan jawab.
Hari ni rancang nak gi terawih sama2 ngan zaki.dah lama tak terawih kat masjid/surau.Rindu pulak zaman2 terawih dengan kawan masa sekolah dulu.
5:08 p.m. - October 29, 2004
Good News!!!executive trainees in purchasing are recommended to be permanent staff and we will enter new training scheme.
First, our salary will be increase to RM1500 and our name will be recomended to be interwiew by HR - head of department.We need to pass in this interview before our HR forward the name to be interview by CEO.Well, it's not easy to pass the 1st interview.My boss gave me 2 tips..communicate and dress up well.Ensure that you communicate in proper English..without 'la' or 'aa'.How to improve?we have to read a lot and try to gain the knowledge as much as we can. We have to start chair the meeting.We have to communicate in English with our vendor.ermm..thats what she told us.
Dressing? Just wear something nice and appropriate.
If we failed ,our salary will be remain.But if we pass and become permanent staff, our salary will be RM2350.00.(Ermm...banyak gak tu).
1:10 p.m. - October 27, 2004
INDUSTRI automotif menjadi alat paling berkesan bagi memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan kepakaran penduduk serta memacu negara menjadi negara perindustrian.
Ia sudah terbukti di Amerika Syarikat dan pelbagai negara lain di dunia seperti Jerman, Perancis dan Itali di Eropah serta Jepun dan Korea Selatan di Asia Timur.
Semua asas ini sedang dibangunkan oleh Proton bagi menjadikannya lebih daripada sekadar kereta nasional atau syarikat kereta nasional.
Pengeluaran Proton Saga pada 1985, menjadi pencapaian fizikal ke arah merumus pelan strategi pelaburan secara lebih berhati-hati bagi membangunkan industri pembuatan di Malaysia.
Pelan itu berjaya membawa kepada pemindahan teknologi yang bersesuaian sebagai wadah memulakan wawasan negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian sepenuhnya meskipun sebelum Wawasan 2020.
Projek kereta nasional dibentuk dan ia terbukti menjadi alat berkesan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara dan membina kemampuan rakyat.
Sejajar dengan dasar negara, tumpuan yang lebih juga diberikan bagi mewujud dan meningkatkan status usahawan dan syarikat Bumiputera dalam industri pembuatan yang bilangannya kecil bilangannya 20 tahun lalu.
Ini semua berpunca daripada usaha agresif yang diterajui Protom ke arah penghasilan komponen kereta nasional dalam negara.
Program kandungan tempatan Proton bermula seiring daripada peringkat awal projek kereta nasional itu sendiri.
Bermula dengan tidak lebih daripada 18 peratus kandungan tempatan, syarikat itu kini berjaya mencapai 80 peratus nilai kandungan tempatan dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.
Hari ini, kereta seperti Waja dan GEN.2 sudah mencapai hampir 100 peratus nilai kandungan tempatan. Apabila syarikat mencapai tahap pengeluaran Proton Saga yang ke-300,000 unit pada 1991, pada masa yang sama ia memulakan kemudahan pemasangan bahagian enjin dan transmisi yang seterusnya membuka peluang baru kepada industri automotif di Malaysia.
Tiga tahun kemudian iaitu pada 1994, ia membuka kilang bagi acuan enjin dan casis sejajar dengan matlamat menjana lebih banyak kandungan tempatan untuk kereta Proton.
Kemudahan itu membuka jalan dan menjadi asas kepada pertumbuhan perniagaan hiliran tempatan dan penerokaan kepada industri berat, dan proses itu juga mewujudkan lain-lain kegiatan dan peluang ekonomi.
Sehingga kini, ada 247 vendor dan 3,000 sub-vendor, dengan 108 daripadanya ialah syarikat Bumiputera yang membekalkan lebih daripada 5,000 komponen individu dan bahagian kepada Proton.
Sekarang, keseluruhannya, tenaga kerja Proton termasuk kakitangan sendiri dan rangkaian pembekal serta syarikat sekutu berjumlah 100,000 orang di seluruh dunia.
Ini mewakili pencapaian yang ketara berbanding pada awal permulaan apabila Proton mempunyai hanya 110 vendor yang mengeluarkan kira-kira 1,200 komponen untuk kereta nasional.
Malahan, hanya 13 komponen yang diperoleh secara tempatan sebelum pelancaran Saga dan sehingga akhir 1995 bilangan komponen meningkat kepada 228, dengan kebanyakannya dihasilkan secara dalaman.
Pada masa ini, sejumlah 38 peratus daripada vendor tertumpu kepada bidang pengeluaran bahagian logam, plastik (14 peratus), getah (10 peratus), elektrikal (10 peratus), elektronik (lapan peratus) manakala 20 peratus lagi dalam bidang pengeluaran yang lain.
Peningkatan nilai kandungan tempatan juga menyumbang kepada ekonomi negara bukan setakat menjana pendapatan tukaran asing tetapi turut membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik kepada industri automotif tempatan.
Pendapatan tukaran asing menjana purata kira-kira RM380 juta setahun sejak 1996 membolehkannya dilaburkan semula dalam ekonomi tempatan dan disalurkan kepada lain-lain bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang penting.
Perbelanjaan bagi nilai kandungan tempatan meningkat secara stabil sejak beberapa tahun lalu dan pada 2003, nilai pembelian kandungan secara tempatan berjumlah RM3.69 bilion, meningkat hampir 28 peratus daripada RM2.88 bilion pada tahun sebelumnya.
Agenda nasional sejak beberapa tahun lalu membolehkan Proton membantu memperkemas, mempelbagai dan mengembangkan keupayaan kejuruteraan dan kemahiran teknikal pembekal dan pengeluar automotif tempatan.
Menerusi kerjasama strategik syarikat berkenaan hari ini bukan sekadar ditauliahkan oleh Proton untuk membuat komponen dan bahagian kereta tetapi juga turut terbabit menjadi penyepadu kepada sistem yang dipacu dengan keupayaan dan kemahiran dalam reka bentuk, ujian dan pengesahan, penghasilan prototaip dan kejuruteraan maju.
Hari ini, dengan kedudukan kukuh bagi vendor, pembekal dan pengeluar komponen tempatan, Proton sudah memasuki fasa penting seterusnya iaitu menyaksikan projek kereta nasional berjaya dengan menyedia dan menggalakkan syarikat tempatan terbabit untuk menerokai pasaran automotif antarabangsa.
Banyak daripada syarikat ini sudah mencatatkan kejayaan membekalkan komponen kepada syarikat lain di dalam industri automotif tempatan.
Dari segi rangkaian jualan domestik, syarikat Bumiputra turut menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan 178 pengedar di bawah payung Proton Edar Sdn Bhd, pengedar sah kereta Proton.
Malahan, bilangan pengedar Bumiputra meningkat tiga kali ganda daripada hanya 43 pada 2001 kepada 123 tahun ini.
-Artikel di petik drpd Berita Harian
"Aku tengah pening melayan karenah vendor2 ni especially bila masa nak handle problem PRECISE. Ada yang tatau butang print screen kat mana, ada yang tatau network tu apa...isk isk isk.Fenin..fenin
11:26 a.m. - October 27, 2004
Hari Isnin biasanya hari malas bekerja. Mood bercuti tu masih ada.Tapi hari ni bermula dengan penuh semangat dan ceria. Jadi orang pertama bersama2 dengan Uma masuk ke ofis.Ofis gelap gelita lagi.Bukak komputer, terus tengok inbox.Takut2 ada kerja yang tertangguh Jumaat lepas.Pastu terus start buat kerja. Orang pon pelik aku datang awal hari ni.yelaa..muka ni muka punch card merah.
Weekend lepas takde apa yg menarik kecuali gaji masuk.Nak kena simpan separuh untuk Hari Raya nanti. Seperti biasa, aku akan buat budget utk bulan depan.Konon2nya supaya tak terlebih guna.Tapi seperti biasa jugak..mesti aku akan terbeli/terguna untuk benda2 yang ntah apa2.Isk! Budget sket nyer cantikkk�tapi duit ntah ke mana belanja. Baju raya semua dah settle.Tinggal nak hadiahkan baju raya untuk Zaki. Dia tu ada duit pon bukan peduli nak beli baju raya ke tak. Asyik belikan baju untuk anak sedara..adik..sampai diri sendiri pon lupa. Memang la baju raya tu tak penting.Tapi kalau dah 4 tahun berturut2 pakai baju melayu yg sama jerr..kan tak best namanya tu.Takde semangat raya langsung.Ermm�puasa tak habis dah nak cakap pasal raya.
Ada cadangan tak nak berbuka kat mana kat kl/PJ ni yang best?
2:00 p.m. - October 25, 2004
Ermm..sekarang banyak Syarikat yg nak amik management trainee. Kalau dulu bukak jobstreet taklah banyak sangat macam hari ni. Tapi dalam banyak2 management trainee ni aku rasa yang paling haru sekali ialah PR*T*N. Sebab utamanya ialah gaji. Gaji kitorang sket jer. RM1000 pastu tambah overtime, tolak kwsp adalah dalam 1200.Tu pon kalau rajin buat OT.Tengok company lain..exec trainee gaji..RM1800,1500..ada tu yang sampai RM2000-2200. Kalau tak kuat semangat memang dah lama blah dr sini.
Gaji sikit pon kena bersyukur dapat kerja.Ada yang menganggur tu lagi kesian.interview sana tak dapat..sini tak dapat.Sekarang ada rumors lak kat sini kata ada interview utk permanent 2/11 ni.Ntah betul ke tak.Harap2 la betul.Dapat naik gaji sket.
Semalam dapat buka puasa ngan PIZZA. Zaki macam tau2 jer aku ngidam nak makan pizza.Hari ni buka puasa ngan ofismate.Zaki tak dapat nak amik. Semalam patutnya buka puasa bersama vendor kat Concorde Shah Alam.Tapi rasa tak patut pulak kalau makan sedap2 sedangkan zaki buka puasa biasa2 jer.
1:24 p.m. - October 21, 2004
Ermm..dah ramai yang malas nak update jurnal.Dan ader yang dah bertukar/tutup link ke blog mereka tanpa memberitahu terlebih dahulu.So, aku rasa nak delete jer link2 yg tak active lagi and add in with new journalist.
Semalam, dapat 'surprise' dari Zaki.Ingatkan apabenda la surprisenya.Dia beli wallet baru untuk aku.Eheheh..memang patut beli pon.wallet lama tu pakai since 1st year dan banyak dah koyak2.Dah alang2 dia suruh pilih mana yg berkenan..kita pau la habis-habisan.Baru puas hati.ermm, rasanya nak bagi surprise jugak kat dia hujung bulan ni.
Nak berbuka apa hari ni ek..semalam nak makan nasi ayam.Ermm..hari ni rasa nak makan pizza.Sebenarnya dah boring makan kat luar ni.Kalau dapat gi bazaar ramadhan kan best.Tapi memang tak sempat punya.Asyik kena bukak posa tengah jalan je..kena makan kat kedai makan jer.
Okes..selamat berpuasa
1:59 p.m. - October 20, 2004
Officially, I'm Aunty Mimie on 16 Oct 2004.Ermm..dah jadi makcik dah...maknanya dah tua la ni.Kaklong dah selamat melahirkan baby Mohd Danial Haris beratnya 3.02 kg.Yang tak bestnya, kaklong tak dapat nak experience kelahiran secara normal.Terpaksa bedah jugak sebab tempat baby keluar tu tak bukak besar dan baby dah terber*k kat dlm perut tu.Seronoknya dapat anak sedara!Semalam amik gambar dia banyak2 tapi tak sempat nak upload lagi.Malam sebelum danial lahir kitorang kat rumah dah siap pasang baby court dengan dia punya merry go round.Siap pasang kelambu renda2 lagi.Excited giler!Mama pon tengah fikir2 nama panggilan yang sesuai.Mama kata panggil 'nenek' tak best.So dia suruh panggil Tok mama.ehehehe moden punya version.Kak nina pulak takmo dipanggil Makngah..so kitorang pakat guna panggilan Cik..so aku jadi Cik mimi.
p/s:Perut berbunyi2
12:03 p.m. - October 18, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: