Hari ni Ofismate buat open house kul waktu lunch hour.Pakat pergi ramai ngan kwan2 se ofis. Bertolak pukul 12 lebih sampai rumahnya dalam pukul 1 lebih.Siap tersesat2.Makan nasi impit, laksa dgn bihun sup.Balik ofis pon lewat..dalam pukul 3 baru sampai.Sib baik bos takde.(Bos gi Italy sebulan..eheheh)
Kat ofis takde kerja lain selain mengabiskan kuih big boss.Big boss ni dapat banyak hamper.Dia pesan suruh perabis kuih1 kat hamper dia tu.Ehehehe..rasanya dah makan lebih sepuluh ketul kueh tart.Muka ni lepas2 raya nampak berisi.Makan banyak kuih raya kot.Lepas tu migraine pon datang menyerang. Dah 2 hari berturut2 migraine datang.Sakitnya bukan kepalang.Pegi klinik semalam dapat la mc sehari.Hari ni sakit lagi waktu lepas lunch.Telan ubat..lega sket rasanya.Doktor kata maybe banyak sangat makan kueh yg bercoklat.
5:35 p.m. - November 24, 2004
Masih dalam mood Raya. Tetiba rasa homesick. Kegembiraan Hari Raya bersama keluarga tu masih terasa.Ermmm..best dapat berkumpul ramai2.Kak Nina dah selamat bertunang.Aku dah start working as permanent staf.Duit pon dah banyak habis untuk raya.
Okesh ..nak balik..takde overtime lagi.So kita chow cepat2 aaa..
5:46 p.m. - November 22, 2004
kami exec trainee purchasing tak dapat BONUS. Itulah yg HR kabarkan pada kami bila soalan tu diajukan. Bila tanya exec trainee kat department lain, diorang kata dah dapat.Banyak pulak tu. Tu yg menambah kesedihan kat kitorang. Walaupun dah beberapa kali meyakinkan HR yg mungkin tersalah semasa bagi rating, diorang tetap kata kalau tak dapat bonus tu satu perkara normal.Ermm..takkan performance kitorang sampai tahap poor.(Kalau nak dapat bonus kena at least meet requirement).Dengan rasa tak puas hati kitorang gi tanya boss.
Bos pon terkejut bila kitorang ngadu kat dia kitorang tak dapat bonus. Dia tepon HR tanya kenapa. HR kata sebab dio isi dalam borang KRA tu rating kitorang 'need improvement'. Dia bukak balik borang yg dia hantar ke HR. Tup2 baru dia perasan. Dia terbalik bagi nombor. Sepatutnya kena letak 2 - commendable tapi dia terletak 4.Dia ingat makin tinggi makin banyak. So, sahla yg sebenarnya kitorang ni dapat bonus.Sekarang tinggal tunggu HR ammend balik. Hopefully bonus leh dapat before raya.
1:41 p.m. - November 08, 2004
Pembayaran Interim Insentif bagi kakitangan bukan Eksekutif & Eksekutif :
6 Nov. 2004 ( Sabtu )& 7 Nov. 2004 ( Ahad )
Pembayaran gaji kakitangan Eksekutif :
10 Nov. 2004 ( Rabu )
****************************************
Ehehehe..makcik kayo!ermmm..yela tu...hujung bulan satgi garu kepala.Awal sangat gaji masuk.Taku terover spend.Al maklumlaa...raya ni memang banyak belanja.
Boss aku masuk hari ni dengan membawa satu berita.Boss platform A (RnD) tepon boss aku kat umah kata nak amik aku tukar ke department dia atas arahan HR&Tengku.Ermm..nak kena tukar ke?aku dah comfortable duk kat purchasing ni.memang la RnD lagi best.Tapi aku dah sayang kat department ni.Boss aku dah baik2 dan caring.Banyak bagi galakan.Kalau betul kena tukar sedihnya aku.
Tadi aku temankan Ida pegi Drive test kat litar.Ida jadi stand by driver utk Trek Carnival kat Sepang lepas raya nanti.Best giler aku tengok dia bawak keta.Vroooommm!!!! laju.Hasrat kat hati memang nak naik keta yg diorang bawak tu.nak merasa gak naik keta lumba/keta laju.Tapi tak sempat.Banyak keja kat ofis.Malas nak tunggu dah.Dia kata kalau nak naik tunggu sampai sumer org dah habis test.
Erkss...aku rasa pening kepala.Baru tengok sesuatu yg meloyakan.Uwekk!!!
6:03 p.m. - November 05, 2004
nak senyum lebar2...
gembiranya...
gembiranya...
cancel sumer plan nak sambung blaja..
I'm no more executive TRAINEE...
boleh la bagi duit kat mama ngan ayah..
boleh la nak bagi belanja kat adik2..
boleh la tolong2 kak nina sket..
gembiranya...
12:41 p.m. - November 04, 2004
Dear all,
Please pray for my sucsess. Will have interview with C.E.O at 11 a.m.erkk...banyak dah kupu2 kat dalam perut ni.
Semoga tak blur/blank masa interview nanti.Amin...
10:11 a.m. - November 03, 2004
Hari ni sepatutnya cuti Nuzul Quran untuk negeri Selangor. Tapi, ofis aku tak cuti sebab cuti tu dah dibawa ke Hari Raya. Jalan lengang sket. Kuar lambat pon boleh sampai before 8 o�clock.
Weekend lepas mesti ramai orang yang gi shopping.Jalan tuanku Abd Rahman tu sketnyer penuh.Aku tak gi pon tapi bila kuar dari The Mall nak balik umah, lalu Bukit tunku yang sunyi sepi tu..uishh!!jem gak kat jalan tu.So, kesimpulannya mesti ramai giler yg gi shopping kat kl. Aku just pegi KLCC. Bukan untuk shopping.Nak cari Buku �Between Blood and War�(erk..betulke tajuk ni..tak ingat la pulak) tapi takde lagik kat Konikuniya tu.So aku just beli readers digest yang baru ngan Time magazine.Baru dua tu pon dah cecah puluhan.ermm�isk! nak ilmu takleh kedekut.
Kak Nora lapor diri kat sini hari ni.Dia tak masuk department aku. Dia dapat kat Platform C. Takde exec trainee baru yg masuk department aku.Ermm..kami kekurangan kakitangan. Lepas ni linot pulak nak kuar.Dia baru hantar surat letak jawatan tu.Sketnyer takut dia nak hantar. Ermm lepas ni lagi la tak cukup tangan nak buat kerja. Sarah pulak dpt 2nd interview kat sini hari Rabu ni.ehehe..berkampung ramai2 budak2 usm kat sini.
p/s:Ofis aku dah start gantung ketupat/kad raya
3:31 p.m. - November 01, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: