Dah lama tak pegi kenduri kawin. Bila zaki ajak pegi kenduri kawin kawan dia, Adli, kat Jelebu, aku memang excited giler nak pegi. Semalam, kami bertolak dari KL dalam pukul 11 pagi. Aku pakai baju kurung biasa2 je.Zaki pulak pakai baju melayu. Berpandukan peta dalam kad kawin tu kami keluar kat Tol senawang.Tengok peta macam dekat jer. Rupa-rupanya, jauh gak. Jalan pon dalam peta lurus jer. Tapi�masyaallah..bengkang bengkok betul sampai aku pening kepala. Tunjuk dalam peta 25 km jer dari satu simpang nak masuk ke simpang lain. Tapi�rasa2nya macam 50km.Siap terlepas rumah pengantin sebab tak nampak simpang kecil nak masuk umah dia.Pastu keta pon macam tak banyak.Siap boleh berenti kejap bungkus hadiah.(Hadiah baru beli pagi tu). Bila patah balik nasib baik pengantin dah ada tepi jalan. Hantar family pengantin perempuan balik. Masa tu dah pukul2 lebih.Perut pon dah berbunyi.
Pengantin Sempoi giler.Yang pengantin perempuan dah siap tukar selipar buruk tapi masih berbaju pengantin. Pengantin lelaki tetap steady dalam pakaian pengantin dia. Kenduri ni taklaa besar sangat. Rumah pengantin pon atas bukit..kena naik tangga sket nak ke atas.Lepas jer kitorang makan, tengok2 pengantin lelaki dah tukar baju buruk.Dia ajak pi kebun Durian.Huhuhuu�baju dah tukar. Tapi kasut tak tukar pulak. Kitorang ramai2 gi kebun durian naik keta. Ditakdirkan hujan pulak masa tu.Tapi, nak makan durian punya pasal masing-masing sanggup meredah hujan masuk kebun durian.Aku nye sandal pon terpaksa tukar.kalau tak selamat aa masuk selut nanti.
Best gak masa kat dusun durian tu.Memula pegi petik buah manggis.Aku ngan Lisa, kawan zaki dok berebut petik manggis dengan sorang makcik ni(makcik pengantin kot). Last2 dia dapat banyak. Tak kesah laa..janji dapat makan manggis.yang laki2 pulak gi kutip durian.Dapatla 2 bakul besar. Masa durian pertama dibukak, masing2 duk kerumun, tak sabar nak makan. Bila dah masing2 kekenyangan + kepanasan�durian yg dah bukak pon tak lalu nak tengok even �kucing tido�(hanya penggemar2 durian tau istilah ni).Aku pon surrender lepas makan dalam 5 ulas. Panas badan beb.tak tahan.kepala dah pening, rasa nak pengsan jer.on the way balik berjalan dari pokok durian ke kereta, ada pokok rambutan yang mearh2 jer. Sedap giler rambutannya�isi memang tebal..lekang..ush!!!terus bungkus seguni bawak balik.ehehehe�balik umah dok sental rambutan jer.
Bestkan kalau dapat selalu pegi dusun buah?dulu nenek ada kebun tak jauh dr umah aku.Siap ada pokok pulasan lagi.Tapi sekarang semua dah tebang tanam kelapa sawit.ermm�tak best betul!
11:21 a.m. - December 13, 2004
Cam biasa...semua exec dah ghaib. Tapi kali ni bukan gi 'mengular'.Masing-masing sibuk ngan meeting. Macam-macam project aa department aku kena involve.(Rasanya semua project company yg libatkan beli barang/vendor).Akunya project tengah slowdown. So tak aa busy sangat. Ada masa lagi nak baca blog orang.Aku sebenarnya tengah hot sebab akunya clerk ni asyik ghaib jer.Susah benar nak suruh siapkan kerja. Taula kita tak garang sangat. Satgi meletup kang baru tau.Tu laa..silap sendiri.Baik sangat sampai kena pijak kepala.Ermm..takleh jadi ni.
Boss aku kemungkinan besar kena duk kat italy tu lama2..paling tidak 2 tahun.Ush!gamaknya nanti mesti akan ada boss baru.Tapi yg pastinya yg ganti tu senior exec aku gak.Ermm..best gak.Depa ni semua baik2 belaka.Kerja pon bagus.Semalam senior exec aku belanja makan nasi beriani utk kitorang satu section.Erkk...tak terlarat nak makan.Pinggan penuh macam untuk 4 org makan.ermm..selamat poket.Dah la memang kering kontang ni.Gaji untuk bulan 11 hari tu masuk 10hb.awal sangat.Dah perabis guna untuk raya.Sekarang hidup pon..nasib baik ada org nak sara. ehehhe..tu la gunanya pakwe.Menyara kita diwaktu susah.
3:05 p.m. - December 08, 2004
Weh!aku boring giler kat ofis ni. Keje ada tapi tatau nak buat.Takde saper nak assist. Sumer dok ghaib dah ni. Sumer dah jadi biskut. Kejap ada kejap takde. Mana taknya, kucing dah takder�tikus2 pon berkeliaran la. Vendornye problem dah slowdown sket. Last week jer ada satu vendor ni nak pinjam material.Tapi lambat bagitau. Dia ingat mintak boleh terus dapat ka?. Nasib aa..line stop kena charges berjuta-juta ringgit. Sendiri tanggung. Pastu keta takleh nak kuar. Pastu mula la customer complain keta lambat dapat. Sejak aku masuk sini. Jumpa jer sedara mara, mesti nak Tanya itu ini pasal keta kitorang. Naper tingkap rosak, keta ni tak bagus ka? Naper kualiti keta teruk sangat. Erkk?! Aapa nak jawab? Aku bukan orang yg layak untuk jawab soklan ni. Tapi aku nyer pandangan peribadi (huh!) kualiti ni datang dari vendor. Jadi mesti improve vendor dulu baru kualiti keta leh improve.To improve vendor, memang keje department aku. So, ada satu team ni memang keje dia improvekan vendor.Projek ni still lagi tengah jalan.So aku pon tatau aa setakat mana improvenya vendor2 ni.
Internet kat ofis sekarang hanya leh bukak sebelum pkl 9 pagi.Huwa!!!! boring la aku! Kalau takde kerja terpaksa menganga jer.
12:34 p.m. - December 06, 2004
2 hari tak masuk ofis. Ayah kena tahan kat wad. Kena heart attack. Tapi takla sampai tahap kritikal lagi. Ni la padahnya kalau banyak sangat merokok.Ayah memang heavy smoker. 1 hari tu maunya sampai 2 kotak rokok gudang garam. Dah puas mulut kitorang menasihat.Dia buat pekak jer. Ni pon dah kena serangan masih tak berhenti lagi. Curi2 hisap rokok kat hospital. Ayah tak boleh duk diam kat hospital tu. Nak jalan sana sini. Doktor kata mungkin kena tahan 10 hari kat wad.Ermm�mesti ayah boring giler. Wad dia tu dah la ter isolate sket dr org. Lagi la dia nak gi merayau2.
Masa duk umah aku kena jadi �Pah bedah� .ehehehe�kena buat itu ini.kena masak, kadang2 tu tolong kaklong jaga Danial. Danial dah pandai gelak. Umur dia nak dah 1 bulan 6 hari. Berat dia dah naik 2 kilo dari 3.04kg dah naik 5 kilo lebih. Sehat!Mana taknya..nagis jer sumbat susu.Pastu malam2 mengamuk takmo tido. Danial tu dijaga bagai menatang minyak yg penuh.Maklumla�cucu sulung.
Huwarghh!!! Mengantuknya. Ofis lengang. Sumer exec ada hal. Linot dah berhenti keje. En Zainal gi kursus, En h*idzir cuti, En li ntah gi mana dari pagi tadi, Ida MC , Pn Az*ana gi Italy.Tinggal la aku, ita ngan en amir dan clerk2.Bosan sungguh aaa takde org ni. Tak happening!
1:53 p.m. - December 01, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: