Hari Isnin mesti hari yg membosankan.Aku setlekan report.Pastu selak2 claim dari vendor.Malas nak buat.Nak buat paper pasal claim ni laa yg paling melemahkan aku. Dah berlonggok2 aku timbunkan. Malas..malas..
Semalam akhirnya umah kaklong ni ada rupa umah gak.Setelah lama merancang untuk kemas dan susun perabot, semalam akhrnya perancangan tu semua dijalankan.Aku tak tolong sgt diorang atur2 perabot. Tugas aku adalah menjadi 'bibik' kepada danial.Dia menagis aku tlg buai, dia nak diangkat, aku angkat..nak main, aku main ngan dia.Abg Ipar kaklong pon datang gak tolong2 kemas umah ni.wife abg ipar aku, K.lin, nampak aku jer terus kata.."eee..mimi dah berisi". erkk...lai sorang kata aku dah gemok...huwa!!!!
Aku tengah plan nak diet ni (plan jer baru)ermm..nak diet.Tapi sekarang sambil menaip sambil makan kek! camner nak diet???
6:14 p.m. - February 21, 2005
Huwa!!!aku penat giler hari ni.Dari pagi sampai ke petang asyik meeting sampai zaki kata aku ni takder kerja lain ke nak buat selain meeting?Nak buat camner...aku kat sini meeting tu mesti ada dalam satu hari.Tak pernah nya tak meeting.Hari ni aku meeting pasal 1 supplier jer dari pagi ke petang.Masalah yg sama tapi org yang berbeza.Biasalaa..kalau vendor tak dapat supply, purchasing kena kejar dulu.Ada satu vendor ni tak dapat supply barang.Pastu, supplier yg backup pun tak dapat nak tolong.Aku dah pening kepala dah ni.Terlampau banyak sangat masalah.Tapi still under control lagik.
Org dok tanya aku bila nak kuar model baru ni?ermm..aku pon tatau.dengar kata hujung bulan ni.Aku dah tengok keta tu tapi exterior je aa..interior belum lagi.OKlaa..comel gak.Ada hajat gak nak beli tapi sian kat kelisa tu...Kalau nak tau, mak aku panggil keta aku tu Si BOGEL...ehehehe bukan apa sebab plat dia BGL,sekali pandang cam bogel jer..pastu terus terlekat nama tu.
7:14 p.m. - February 17, 2005
yum!yum!yum! tengah makan aiskrim blackforest.oppsss!!habis plan diet aku.Sekarang ni tgh mendietkan diri.ehehhe.takmo makan banyak2 dah.Tapi aiskrim ni telah menggoda dan merosakkan plan diet.Badan sekarang rasa tak best.Rasa berat sangat.Tu yg memang rasa nak diet.Ditambah pulak ada org panggil aku gemok.hush!memang kena jaga badan sekarang.
Hari ni takde mood nak keja langsung.Boss ajak aku ikut meeting ngan Legal dan vendor dr german.Malas tul!Dah arahan kena la ikut.Dia kata nak exposekan aku ngan legal.engan laa Legal ngan mamat german tu membebel2 tak setuju perenggan ni, perenggan tu.Ntah..aku pun bukan paham sangat term2/phrase2 law ni.At last aku dah tertahan keboringan, aku mintak boss aku nak balik ofis.Sib baik dia bagi.selamat....
Ermm..terasa nak makan aiskrim lagi la..:D
6:29 p.m. - February 16, 2005
Hari ni aku mengantuk sepanjang hari.Maklumlaa....Monday Blues. Malas nak buat kerja.Masuk2 jer dah ada macam problem kena settle.Tadi aku ada jumpa sorang vendor ni.Dah borak2 tu, tiba dia tegur aku ni dah gemuk.Huwaaa!!! dia adalah org yg keempat cakap camtu kat aku.Hakikatnya aku memang dah berisi.Tatau aa naper badan naik giler.Org kata senang hati.Tapi, aku rasa maybe sebab aku dah ada keta.Takyah naik bas gi kerja.So, kurang berjalan.Pastu dok pulak umah kaklong.Kitorang kat umah ni memang makan lewat.Sebelum ni aku biasa makan sebelum maghrib.Tapi sekarang pkl 10 pon makan lagi. Mana tak gemuk. Aku ngadu kat Zaki.Dia kata dia tak kesah pon.ehehehe....sib baik.Tapi aku mula rasa tak selesa.Sebab bila badan dah naik ni baju aku banyak yg dah tak muat.Ada satu seluar tu aku terpaksa beli saiz XL.Hhuhuhuhu...
Mesti ramai yg sambut hari kasih sayang hari ni.Aku ngan zaki tak sambut pun.cam hari2 biasa gak.Takde apa yg istimewa.
10:41 p.m. - February 14, 2005
Hi semua! camner cuti raya Cina? Masing2 cuti sakan ek. Aku bercuti kat Alor Setar, kedah. Ni baru sampai dari Kedah petang tadi.Kaklong buat kenduri aqiqah anaknya kat kedah.Kitorang satu family pergi naik dua keta.
Kambing yg buat aqiqah tu Tok ngah aku buat masak kurma.Diorang kata sedap. Aku tak lalu sket makan kambing ni.Baru jer amik kuah kurma tu aku dah rasa semacam kat tekak.Takleh masuk aa kambing ni.
Kat kedah, cam iasa aaa..kitorang ni mengalami kepanasan yg melampau.Rumak Tok Wan tu rumah kos rendah jer..so, bayangkanla kalau siang camne. Panas tu tuhan sahaja yg tahu. Nasib baik Maksu baru pasang aircond kat bilik dia.Terpaksala maksu ni beralah ngan kitoang yg ngada2 tak tahan panas ni. Kitorang satu family tido kat bilik maksu.Ada satu hari tu tak sedar pasang aircond 17 deg,Baby Danial yg atas katil betul2 depan aircond macam nak beku dah.Sib baik mak dia terjaga.Sian budak tu kesejukan.
Esok nak kuar jumpa zaki.Dah lama tak jumpa dia.rindu la pulak...Hri ni baru berpeluang nak surf internet lama2, nak baca blog org lain lama2..sori ILAH lama tak update.Bukan menyepi, takde masa jer nak bukak internet ni.
12:48 a.m. - February 13, 2005
Hari untuk jalan2..hari Sabtu. Aku tengah tunggu zaki datang dari pukul 11 tadi. Bila tepon dia rupanya baru nak mandi.Nak pegi mana ek hari ni.Ingatkan nak tengok wayang.Tapi takde citer yg mnarik pon.Aku rasa cam nak jengok2 Alamanda Putrajaya tu jer.Org kata tempatnya best.Nak tengok gak best camner.
Argh!! dah lama tak tulis kat sini dah semakin kekeringan idea nak tulis per.Takde apa menarik pon sangat pon sejak dapat jadik permanent ni.Banyak kerja tu ada la.Yang pasti takde overtime.tepat 5.30 dah balik...huhuhhu.Bila aa nak jadik pekerja berdedikasi kalu camni.
Semalam meha ada tepon aku kat ofis.Company dia nak bagi oren 3 kotak kat department aku.Adusss...kami kat sini dah kembung perut makan limau.Tiap2 hari berkotak2 limau dihantar ke sini.Bak kata bos aku..bercakap pon bau limau sekarang.
11:54 a.m. - February 05, 2005
huhuhuu,lama tak update.Baru boleh connect internet kat umah kaklong ni.This week busy melawat vendor untuk evaluation satu tender yg department kitorang bukak.Aku punya kerja kat ofis dah bertimbun giler.
nanti2 aku update lagik!
11:02 p.m. - February 03, 2005
Aku terasa macam lama sangat cuti pulak.Cuti dari hari Juamaat sampai hari Selasa ni.Kat selangor ni Raya korban tak la meriah.Macam hari-hari biasa gak. Tu yg rasa lama sangat cuti.Semalam sehari suntuk dah pegi meround selangoir ngan KL.Gi banting untuk tempah pelamin ngan baju sanding kak nina.Aku cam biasa jadi adviser cum driver tak bertauliah.Tolong pilih pelamin, selendang,tudung..huhuhu..senang aku bila nak kawin.Dah tau apa yang do and don't.
Pening kepala giler hari ni.Hari ni kena jadi tukang masak pulak.Mama gi hantar kakcik ke puduraya.Semalam mama suruh dia naik bas.Tapi dia buat muka kesian.Tu yg ayah nak gi hantar dia.
Diaryland ni baru leh bukak diary aku.Bengong pulak server dia ni.aku ingat nak tukar layout(dari dulu lagi pon dah cakap tapi tak tukar2).
9:08 a.m. - January 23, 2005
huwa!!! lama nya tak update. Ni semua gara2 dah takleh pakai internet lagik kat ofis. Internet just for bussiness purpose! Kat umah kakak aku pon tak pasang2 lagik internetnya.Banyak benda berlaku sepanjang aku tak update ni.
Aku tatau nak tulis apa la.Ermm..sarah dah masuk proton (walaupun dulu kata takmo kerja sini)Berat badan dah naik 3 kilo sejak raya hari tu.So, kena mula jaga badan ni.
9:38 p.m. - January 21, 2005
banyak meeting betul hari ni...macam la kita ni org penting.eheehehe..tak penting pon sebenarnya.Tapi disebabkan vendor2 aku tengah buat hal ditambah dengan tender yg baru dibukak,kerja pon jadi belambak.Kesian kat abg kesayanganku..dia rasa dia terbiar.yela..tepon handset asyik tak berjawab.Aku malas nak bawak handset gi meeting.Nanti menggangu.
Next week aku kena pindah semula ke rumah lama.Taku nanti zaki tak bangun tido, tak dapat hantar aku gi kerja, aku jadi lambat selambat2nya.Kalau sekali takper.ni dah beberapa kali.Silap2 kena blacklist pulak.Okla..aku nak balik umah.This week kakcik balik.kena amik dia esok malam.
6:21 p.m. - January 07, 2005
Dah lama tak update. Tak sempat aa.Sekarang masa nak bukak internet sangat limited.Masa kita sibuk2 tu la boleh bukak internet.Masa rehat takleh pulak.
Aku dah pindah ke rumah kaklong kat Puchong sekarang.Hari pertama pegi kerja dari rumah kaklong..huh!aku masuk lewat.Lewat sampai 1 setengah jam.aku sampai ofis pukul 9.30..huhuhu..ni semua gara2 zaki tak bangkit lagi.Tepon bagai nak rak pon tak bangun2.so, terpaksa tumpang kaklong pegi ke stesen lrt universiti pastu amik bas.
Semalam bos aku mintak tolong aku ngan ita tinggal kat umah dia.Dia nak gi Italy setahun.Bawak family semua..So, dia mintak kitorang jaga rumah dia.Aku takleh aaa...baru je pindah umah kaklong.Kat umah kaklong lagi best.dapat bilik sendiri.katil besar.Aku ngan kaklong dok tengah nak decorate2 rumah.Kaklong baru beli perabot bilik dia..nak buat konsep zen kata dia.Perabot datang hari ahad..sampai hari ni umah bersepah lagi..kain baju tak berkemas lagi..huhuhu..aku nak tolong pon tatau nak kemas apa.
- January 05, 2005
ush! dah lama aku tak update.rmm...tapi rasanya last week ada update. maybe tak sempat nak upload internet dah takde.Minggu ni cuti dari hari jumaat sampai hari isnin.Next week ramai yg amik cuti kat ofis.Ida cuti sampai seminggu.Aku nyer cuti tinggal 1 1/2 hari.
Semalam pegi Nilai 3.Teman kak nina cari baju nikah dia.Ingatkan kat nilai 3 boleh la cari baju2 yg cantik dan murah.huh!buat abis duit tol nganminyak jer.Takde satu pon yg berkenan.Mama sorang jer yg beli beg untuk gi kuliah.Kain2 kat sana takdelaa cantik2 sangat.Klau setakat nak cari baju raya memang banyak.tapi kalau baju pengantin tu...baik pegi jalan TAR.So, kitorang pegi Jalan TAR pulak.Sket nyer ramai org kat situ.kitorang start pusing dari Alinas pastu masuk la ke kedai2 kain yg ada kat situ.Semuanya takde yg berkenan.Last2 kitorang patah balik ke semua house.Kat situ akhirnya kak nina dapat cari satu baju siap untuk nikah dia kaler silver..harga?ermm..dalam 3oo lebih.
Aku dah berpengalaman buat persiapan kawin ni.Dulu, masa kaklong kawin..aku gak yg tolong buat persiapan dia.So, nanti masa aku kawin..ehehehe aku dah tau nak cari kat mana...nak buat per.ermm...bila nak kawin ni?
9:28 a.m. - December 26, 2004
Recent entries:
January 05, 2018 : -
August 31, 2006 : The End
August 31, 2006 : Keranamu Malaysia
August 28, 2006 : Weekend!
August 21, 2006 : weekend's update
My profile
Archives
Notes
Diaryland
Random
RSS
others: